Jumaat, 11 Oktober 2013

HOT! Tun Dr Mahathir Pertahankan Zahid Kes 'Polis Tembak Dulu'!


Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan pasukan polis menembak mati penjenayah bagi menjaga keselamatan anggota tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika seorang individu atau penjenayah yang mempunyai senjata, pasukan polis lebih baik menembak mereka dahulu atas faktor keselamatan.

''Apabila berdepan dengan penjenayah yang ada senjata dan mempunyai kemungkinan untuk menembak polis, adalah lebih baik anggota keselamatan itu menembak mereka dahulu.

''Saya beranggapan lebih baik membiarkan penjenayah berdepan dengan risiko ditembak daripada meletakkan risiko bahaya itu ke atas pihak keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek kerja-kerja bawah tanah dan terowong Lembah Klang Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Cochrane, Cheras di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid dalam satu majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat yang dibuat secara tertutup Sabtu lalu.

Walaupun majlis taklimat itu dibuat secara tertutup, portal propembangkang Malaysiakini dalam laporannya Isnin lalu memetik ucapan Ahmad Zahid yang memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek tersebut ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Mengulas tentang Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera, Dr. Mahathir percaya agenda tersebut perlu bagi memantapkan perbezaan antara kaum.

Beliau berkata, usaha kerajaan itu bukan mahu memihak kepada bumiputera, sebaliknya memberi 'bahagian mereka'.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditemu bual di Ibu Pejabat Utusan (M) Malaysia di sini, menyelar sikap tidak bertanggungjawab portal berkenaan dan mempersoal mengapa Malaysiakini hanya bertindak menyiarkan separuh sahaja daripada keseluruhan ucapannya jika benar mengamalkan etika kewartawanan ketika membuat liputan.


Pada masa sama, beliau menjelaskan, kenyataannya menyokong tindakan polis dalam satu operasi sehingga membunuh lima anggota kongsi gelap Geng 04 di Pulau Pinang pada 19 Ogos lalu adalah kerana bersandarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.

Tegasnya, tidak salah untuk beliau mempertahankan tindakan polis yang dibuat mengikut SOP kerana anggota beruniform tersebut sepanjang masa mempertaruhkan nyawa mereka dalam memerangi kegiatan jenayah demi keselamatan rakyat.

"Saya sokong tindakan polis kerana maklumat risikan mengesahkan semua suspek bersenjata api di tangan mereka. Apa yang dilakukan polis berpandukan maklumat sahih dan tembakan dibuat mengikut SOP.

Maksud saya, jika beri amaran dahulu, saya pasti polis akan ditembak dahulu dan mati. Setiap kali polis jadi mangsa, mana pejuang hak asasi? Salahkah saya mempertahankan polis?

"Adakah saya tidak adil melakukan perkara ini? Saya mempertahankan anak buah kerana mereka mempertaruhkan nyawa untuk tugas demi keamanan dan keselamatan rakyat," katanya. - GPB

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mudahnya utk buat penilaian...

sudah tentu selalu tengok filem2 aksi melibatkn hero dgn penjenayah kan?
situasi dimana kedua2 hero dan pnjahat mengacukn senjata masing2 ke arah pihak lawan. situasi semakin tegang! akhirnya dgn kepantasan, kita lihat hero atau penguatkuasa atau polis akan melepaskn tembakan terlebih dahulu keatas penjenayah dgn pantas dan 1,3,5 atau lebih penjenayah dapat ditumbangkn oleh hero secepat kilat. namun jika polis atau hero tidak menembak terlebih dahulu dalam situasi pjenayah bersenjata demikian, sudah tentula polis atau hero akan mampus dan kojol tanpa pembelaan oleh majlis peguam.sudahnya, pnjenayah bebas dan terus melakukakn jenayah bunuh melayu timblan pngarah kastam, terus bunuh org Islam pengasas ambank, terus membunuh peniaga cina ditepi jalan, terus mmbunuh pengusaha india dll. adakah ini yg rakyat inginkan???
seudah tentu mrk yg berfikiran waras dan cintakan keamanan akan menyokong tindakan polis menembak dahulu pnjenayah bersenjata seperti situasi di atas sgbaiman yg kita sering saksikan dalam filem2 aksi.

-wau

Tanpa Nama berkata...

Di malaysia ni polis kena bagi salam dulu pada penjenayah..lepas tu biar penjenayah tembak polis dulu..klw polis tak mati baru polis tembak penjenayah tu...
itu le yg pembangkang syorkan..
pembangkang tahap bodoh nak mampos...

Tanpa Nama berkata...

Lain kali kita suruh majlis peguam pergi serbu penjenayah punya rumah setelah di kepung. Kita tengok perompak atau penjenayah tu mungkin ajak majlis peguam minum kopi atau teh dan makan kueh petanf bersama tak?

hangkedee berkata...

Penjenayah bawa M16.Polis bawa tombak naik keldai @Unta.Bengap betul 66 MP pembangang.

Tanpa Nama berkata...

bolih jadi MEREKA2[setengah daripada rakyat negara ini]YANG MEMBELA PENJENAYAH ada JOIN BISNES dengan penjenayah.semua ugama[termasuk UGAMA ISLAM]MELARANG SAMASEKALI SEMUA JENIS PERBUATAN[walau pun yang berunsur perbuatan]JENAYAH.apatah lagi dalam PERUNDANGAN NEGARA INI dan juga dalam PERUNDANGAN NAGARA2 LAIN semuanya MELARANG KERAS PERBUATAN JENAYAH.tapi MALANGNYA ADA RAKYAT M'SIA YANG MEMPERTAHANKAN PENJENAYAH.

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang bahalol mesti ada udang disebalik mee, yg mereka mesti ada bersekongkol dgn geng 04 atau 08 pya ! Mereka lebih suka Polis kena tembak dulu drp geng mereka ! Geng2 mereka inilah yg paling berguna utk mereka terutama dimasa PRU utk ugut orang supaya mengundi mereka ?!