Selasa, 1 Oktober 2013

INFO! Siapa Calon PRK Sungai Limau? #PrkSgLimau

 
Bila PRK sudah tentu orang tertanya-tanya siapa calon bagi parti BN ataupun pembangkang. Semalam BN Kedah kata akan senaraikan tiga nama untuk Sungai Limau. Mc taktau sapa calon untuk Sungai Limau, tetapi semestinya orang yang amat rapat dengan penduduk disana.

Calon Sungai Limau, semestinya anak tempatan, kalau asal dari situ lagi bagus, berpendidikan agama dan mesra orang kampung. Maknanya, sebut nama saja orang kampung kenai dia tu. Cuma Mc nak tambah lagi, kalau boleh bagi la orang muda. Sebab kalau bagi orang tua takut ada PRK pulak lagi. he he.. gurau saja.

Baca cerita calon Sungai Limau,

BN Kedah akan mencadangkan tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata individu yang akan dicadangkan mesti mempunyai ciri-ciri kelayakan tertentu terutama memenuhi kehendak pengundi di kawasan itu.

"Tiga calon yang akan kami cadangkan mesti ada pendidikan agama dan anak tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perhubungan Umno Negeri membincangkan persiapan pilihan raya kecil Sungai Limau di Alor Setar, malam tadi.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Sungai Limau bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak 26 September lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berkata BN perlu bekerja keras dan menunjukkan kesungguhan untuk membangunkan kawasan itu dengan menyakinkan penduduknya tentang keikhlasan kerajaan negeri jika mahu menawan Sungai Limau.

Beliau berkata kira-kira 40 peratus daripada 27,287 pengundi Sungai Limau adalah golongan muda dengan Melayu seramai 25,388 orang.

BN yakin mereka (golongan muda) mahukan pembangunan dan lebih banyak peluang pekerjaan diadakan, katanya.

Pada mesyuarat malam tadi, Mukhriz berkata beberapa jawatankuasa khas bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau ditubuhkan untuk menggerakkan jentera dan kempen BN agar berjalan lancar termasuk penempatan negeri dan bahagian-bahagian angkat di 19 pusat daerah mengundi dalam DUN itu.

-Bernama

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MB cakap psl calon SL mesti lulusan agama...tpi di KUIN psl sebaliknya? Jgn ckp x serupa bikin. Klu camni Mahfuz pon leh jdi MB

Tanpa Nama berkata...

Jadi MB LCE!!

Tanpa Nama berkata...

Wei Mungkerih...jangan dok buat lece weiii...bercakap macam orang mabokk...biaq pak hang sorang bercakap melilau dah la..sat hatnu sat hatni.. apa hang ingat Islam ni sekerat2 setumpok2 ka...? Kalao dah Kelin kapet tu..tetap juga la cakap memusin..