Isnin, 21 April 2014

HOT!! Kenapa PM @NajibRazak Patut Berikan Mendiang Karpal Singh Perhormatan Negara?!! #RipKarpal


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Mendiang Karpal Singh diatas kehilangan orang yang tersayang. Semoga anda semua tabah menghadapi ujian yang getir ini.

Apabila sebut sahaja Karpal Singh kita semua pasti akan terbayang keseriusan wajahnya apabila berucap di Dewan Rakyat atau dalam sidang media. Mendiang tidak suka bercakap lawak atau bercakap kosong. Kalau beliau bercakap mesti serius, ditambah pula dengan suaranya yang vokal. Sampai Anwar Ibrahim pun beliau minta supaya bertaubat. Nik Aziz pun tak pernah minta Anwar bertaubat. Sebaliknya Karpal yang bukan islam pula yang berani menasihati Anwar supaya bertaubat. Walaupun berbeza pendirian politik dengan pemimpin-pemimpin BN, Karpal tak pernah pun minta Tun Dr Mahathir atau Datuk Najib supaya bertaubat. Itulah gambaran bagaimana teruknya Anwar sampaikan peguam dia sendiri yang satu aliran politik minta dia bertaubat.

Umum telah mengetahui Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng telah mengumumkan pemberian penghormatan negeri untuk upacara pengkebumian Mendiang Karpal Singh. Bendera negeri diarah supaya dikibarkan separuh tiang selama tiga hari dan kerandanya ditutup dengan bendera Pulau Pinang. Selain itu jenazahnya di bawa ke Dewan Sri Pinang iaitu premis milik kerajaan negeri untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada Karpal.

Langkah yang diambil oleh kerajaan pimpinan Lim Guan Eng adalah satu langkah yang tepat sebagai membalas jasa, sumbangan dan pengorbanan Mendiang Karpal. Saya secara peribadi amat-amat bersetuju dengan langkah tersebut dan menyokongnya sepenuh hati.


Penghormatan negeri atau negara kebiasaannya diberi kepada mana-mana pemimpin utama atau bekas pemimpin utama negeri atau negara yang banyak berjasa dan menyumbang kepada negeri dan negara.

Dalam kes Karpal diberi penghormatan negeri ada kawan-kawan atau pihak-pihak lain yang mempertikaikan sumbangan atau jasa Karpal. Mereka bertanya apa jasa dan apa sumbangan Karpal?

Tentu ramai orang terkejut kalau Mc menyokong Karpal diberikan penghormatan negara bukan? Mc amat bersetuju dengan rakan blogger RBF yang mempunyai hujah dan sebab yang bernas kenapa Karpal Singh patut diberikan penghormatan negara.

Baca apa sahabat RBF hujahkan,

Dalam hidup ini kita kena berpaksikan kepada realiti. Walaupun kita berbeza aliran atau anutan politik dan agama dengan Karpal tetapi kita kena akui atau menerima hakikat sumbangan besar beliau kepada negara. Saya sebut NEGARA.

Mendiang Karpal Singh sepatutnya diberi penghormatan negara. Bukannya penghormatan negeri. Penghormatan negara itu jauh lebih besar. Saya tidak tahu mengapa Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Najib tidak mengarahkan penghormatan negara diberikan untuk upacara pengkebumian Karpal.

Mungkin ada yang memarahi atau tidak bersetuju dengan saya. Sabar…kan saya dah kata kita hidup kena berpaksikan realiti. Jasa dan sumbangan Karpal kepada negara cukup besar. Kerana Karpal kita dapat hidup dengan selesa di bumi Malaysia hari ini. Jika tidak mungkin sudah lama negara kita dilanda musibah atau bencana besar.


Karpal telah menjadi penghalang kepada seorang pengamal homoseksual daripada menjadi pemimpin utama negara kita. Jika tidak kerana pendedahan dan asakan daripada Karpal tahun 1997 sudah tentulah pengamal homoseksual berkenaan yang telah dinamakan oleh Tun Dr M sebagai penggantinya akan menjadi pemerintah kita selepas Tun bersara. Dah hampir pun ketika itu. Nasib baik Karpal yang menjadi penghalang.

Kita kena ambil iktibar bagaimana hancurnya sebuah negara kaum Nabi Luth kerana homoseks. Dan Nabi cukup-cukup marah kepada pengamal homoseks sehingga Baginda tidak mengaku sebagai umatnya. Cuba anda bayangkan sekiranya orang begitu diangkat menjadi pemimpin kita, apa akan jadi kepada negara kita ? Sebab itu saya kata kita kena ambil iktibar apa yang pernah terjadi dalam sejarah islam hingga hancur sebuah negara.

Sebab itu juga saya kata kita kena akui jasa besar Karpal Singh kepada negara kita dan beliau sepatutnya layak diberi penghormatan negara.

Saya tidak bercakap benda bohong….saya tidak mengutip khabar angin kemudian dimasukkan ke dalam blog. Saya juga tidak mendengar cerita orang yang tidak tahu kesahihannya kemudian dimasukkan ke dalam blog. Saya bercakap atau menulis benda yang berdasarkan fakta.

Sekarang mari saya tunjukkan fakta-faktanya kepada anda…

Sebelum saya menunjukkan fakta-fakta kepada anda saya nak beritahu sikit sahaja lagi….


Sebelum Karpal Singh membangkitkan isu moral Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat, terlebih dahulu sebelum itu Tun Dr M selaku PM telah dimaklumkan tentang salah laku moral Anwar Ibrahim oleh pelbagai pihak. Termasuklah oleh Tun Hanif Omar selaku Ketua Polis Negara ketika itu. Namun semuanya Tun ketepikan…kerana baginya itu semua adalah mainan politik kotor orang yang dengki kepada Anwar. Tun tetap mempercayai Anwar dan memilih beliau sebagai penggantinya. Sehingga satu masa Anwar diberi memangku jawatan PM sewaktu Tun keluar negara.

Sehinggalah Tun menerima surat akaun bersumpah daripada mangsa liwat dan kemudiannya dibangkit secara serius oleh Karpal Singh dalam Dewan Rakyat sebanyak dua kali, iaitu pada bulan Oktober dan Disember 1997. Barulah Tun membuka mata dan mengarahkan satu pasukan khas polis ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. Sebabnya Karpal membangkitkan perkara itu secara serius dalam Parlimen dan mengasak Anwar bertalu-talu.

Segala apa yang berlaku dalam Parlimen dicatatkan dan ianya dinamakan Penyata Rasmi Parlimen (hansard) . Dalam hansard semua benda akan tercatat hatta ketawa atau pun kecoh. Hansard Parlimen tidak menipu dan tidak boleh ditipu. Sekarang jom kita lihat bukti apa yang dibangkitkan oleh Karpal sehingga ianya menjadi penghalang Anwar dipilih sebagai PM oleh Tun Dr M. Dan juga ianya menjadi punca Anwar dipecat daripada kabinet dan Umno, ditangkap , didakwa dan dipenjara.

Kalau ada sesiapa kata saya tipu, anda boleh cari sendiri di laman web Parlimen Malaysia, atau pergi sendiri ke Arkib Parlimen di Bangunan Parlimen Malaysia. Manalah tahu ada yang kata ini superimpose atau kertas tak boleh jadi bukti.

Kali pertama Karpal membangkitkan perkara ini adalah pada 22 Oktober 1997. Teliti, baca dan fahami betul-betul. Kemudian fikir-fikirkan. Klik pada imej untuk membaca dengan jelas.


Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) untuk Sidang Dewan Rakyat bertarikh 22 Oktober 1997


Lihat dalam kotak merah, siapakah TPM ketika itu ?


Ini detik-detik permulaan Karpal mengasak Permatang Pauh


Karpal masih berlemput atau berlapik dan dia berkata 'kewajipan' beliau mempertahankan orang Pulau Pinang kerana dia pun orang Pulau Pinang. Cekappppp


Aik ! Ketika itu Anwar percaya pula sumpah dengan nama Allah. Lihat perenggan ketiga. Kenapa pula sekarang tak percaya sumpah dengan nama Allah dan takut nak bersumpah dengan nama Allah ?

Kuat Kadir Sheikh Fadzir pertahan bos dia


Sekarang kita lihat pula asakan Karpal yang lebih keras dua bulan selepas itu, iaitu pada 18 Disember 1997.

Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) untuk Sidang Dewan Rakyat bertarikh 18 Disember 1997

Sekali lagi, lihat dalam kotak merah, siapakah TPM ketika itu ?



Jeng…jeng…jeng…lihat anak panah merah. Asakan Karpal yang lebih keras terhadap Permatang Pauh mula mengambil tempat


Anak panah merah: Itulah ayat 'pembunuh' yang menjadi penghalang cita-cita Anwar untuk menjadi PM. Dalam Parlimen beb. Akuan bersumpah pula tu. Bukannya surat layang yang kita terima kemudian diminta fotokopi 10 keping dan edar. Siapa yang dapat lagi, fotokopi pula 10 keping dan edar. Karpal siap nak panggil Azizan (mangsa liwat) ke Dewan Rakyat lagi.


Hebat orang-orang Anwar ganggu Karpal dan panggil Karpal benggali lagi dalam Parlimen. Hari ini Anwar kata anak cina anak dia, anak india anak dia, anak iban pun anak dia. Mana suara dia waktu Karpal dipanggil benggali oleh orang-orang dia?


Memang layaklah Karpal digelar Harimau Jelutong. Dia memang berani. Dia gasak TPM pasal salah laku moral rapat ke dinding walaupun diganggu dengan hebat oleh penyokong-penyokong Anwar yang cuba menghalang Karpal terus mengasak.

Berdasarkan semua fakta inilah saya katakan Mendiang Karpal Singh patut diberi penghormatan negara. Jasanya cukup besar kepada negara. Pendedahannya membuatkan Tun Dr M membuka mata dan seterusnya mengarahkan polis menyiasat. Jika tidak kita tidak tahu apa nasib negara kita sekarang.

Sayang semuanya telah terlambat. Mendiang Karpal telah disemadikan semalam tanpa mendapat penghormatan negara. Hanya sekadar penghormatan negeri. Namun begitu kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib masih ada peluang jika ingin menghargai jasa Karpal Singh. Saya mencadangkan agar kerajaan dapat mengusulkan kepada Istana Negara supaya Mendiang Karpal Singh diberi gelaran Tun.

Dengan membaca hujah dan bukti yang diberikan oleh sahabat blogger RBF adakah pembaca setuju jika Karpal diberikan penghormatan negara?



McTheory:
Kalau tidak, dah lama kita duduk dibawah pemerintahan seorang peliwat tegar!!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tetap tak setuju. Over my dead body. Penentangan keras Karpal terhadap hukum hudud walaupun dia bukan Islam

Tanpa Nama berkata...

Karpal tahu anwar bersalah...
karpal hanya mencari peluang kewangan keatas anwar..
hasilnya anwar didapati bersalah..
hasilnya majlis peguam kata liwat suka sama suka...
karpal bukan bodoh...
karpal peguam tersohor...
macai2 aje yg bodoh...

Tanpa Nama berkata...

Perkara biasa bagi penyokong barisan.

Waktu pejuang yang mewakili pembangkang itu hidup mereka menentang. Bila dah mati baru nak akui kehebatannya.

Tuanku Abdul Rahman di akhir usia juga berjuang agar barisan musnah dan ia disanggah. Bila dia meninggal, barulah orang barisan kenangkannya.

Kepada pengudi muda! Jangan tertipu.

Tanpa Nama berkata...

Besar betul jasa karpal SINGH ye. . .sehingga setanding tunku.
Huhuhu. ..pengundi muda jgn tertipu ye . .
Huhuhu. .

Tanpa Nama berkata...

Dia yg ckp mcm2 & dia jgk yg bela org tu..

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg dlm polis pernah berurusan dgn karpal mesti masih terasa kena maki hamun dgn dia bila di balai atau mahkamah...keling ni memang kurang ajar tk payah kita buang masa nk ingat jasa dia memang elok dia dah mampus...

Tanpa Nama berkata...

Yeop baca betul tajuk tu dan fahamkan maksudnya. .orang melayu kiasnya dlm. Jgn jadi pencacai penganut pr tu. Dia tu tak sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Memang Karpal SINGH tidak setanding Tunku. Isunya perangai barisan yang sama memuja pemimpin lepas mati.

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah. . .anjing pr ni memang tak sekolah. . Padan ar.

McTheory berkata...

berkias pun dah tak faham.. orang melayu dah hilang seni..

Tanpa Nama berkata...

Kau sembah karpal lah kalau nak,kau yg tak faham apa itu Islam.Allah swt punya kuasa sebab itu lah Negara kita selamat.