Ahad, 20 April 2014

HOT!! Rumah Sembelihan Haram Diragui Halalnya? @IsmailSabri60 #Dsis


Kerajaan menetapkan sasaran setiap daerah memiliki satu rumah sembelihan berlesen sebelum akhir Jun depan bagi mengawal harga daging segar di pasaran.

Langkah itu bertujuan mengurangkan kos logistik dalam rantaian bekalan daging kepada pengguna susulan isu bekalan lembu import dilaporkan sebelum ini.

Ketika ini, semua sembelihan ternakan perlu dilakukan di 29 rumah sembelihan milik kerajaan dan penyembelihan ternakan tanpa permit boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 Akta Binatang.

Ada kira-kira 200 rumah sembelihan di seluruh negara yang tidak dilesenkan kerana belum menepati kriteria ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).


Menteri Industri Pertanian dan Asas Tani itu dilaporkan sebagai berkata, rumah-rumah sembelihan dimiliki oleh perusahan kecil, mengakibatkan status halalnya diragui.

"Kementerian mahu semua kerajaan negeri untuk menguat kuasakan‎ Enakmen Perladangan Unggas bagi memastikan kesemua rumah sembelihan memiliki lesen dan didaftarkan supaya operasi mereka dapat dipantau oleh pihak berkuasa," katanya.

"Negeri-negeri yang mempunyai enakmen itu patut menguat kuasakannya‎ bagi membolehkan pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam, JAKIM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dapat memantau rumah-rumah sembelihan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peratusan" tambahnya lagi.

Persoalannya, kenapa perkara ini hanya berbangkit setelah Ismail Sabri menjadi Menteri Pertanian? Apakah selama ini menteri pertanian lain tak pernah tahu mengenai masalah rumah sembelihan ni?

Ini perkara serius, sepatutnya kementerian kena pastikan rumah sembelihan berdaftar, dan untuk sembelihan cara Islam, patut dipantau oleh Jabatan agama supaya ianya tidak melanggar hukum syarak!

1 ulasan:

Awanama berkata...

Kurangkan makanan , makan daun2 cukup, jangan makan daging, bab yg keluar pun banyak2 , tak ada perbedaan dengan singa yg makan lembu.