Isnin, 26 Mei 2014
HOT!! 'Coffee Book' Sebuah Buku yang mendedahkan segalanya? @IsmailSabri60 #Dsis
Kalau dilihat ada kulit luar, tentu ada yang agak, Dato' Sri Ismail Sabri menulis sebuah buku. Sedangkan, Dato' Sri Ismail Sabri sendiri pun terkejut bila menerima buku yang bernama 'coffee book'. Buku apa agaknya tu? Hinggakan tuan punya badan sendiri pun tak tahu.
Buku tersebut sebenarnya telah diilhamkan untuk beliau sempena setahun perkhidmatan beliau dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Buku ini telah dihasilkan oleh setiausaha akhbar beliau bersama sama dengan kakitangan unit komunikasi dan menurut Dato' Sri Ismail Sabri, beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut.
Selama setahun Dato' Sri Ismail menerajui Kementerian Pertanian, pelbagai penambah baikan untuk kemajuan para petani, penternak dan nelayan dilakukan dan baru baru ini beliau telah melancarkan jihad orang tengah yang dilihat mengambil kesempatan keatas para petani dengan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda hingga para petani berada dalam keadaan tertekan.
Tindakan jihad memerangi orang tengah sebenarnya mampu untuk memberi pendapatan yang tinggi kepada para petani, penternak dan nelayan dengan memasarkan sendiri hasil pertanian, penternakan dan tangkapan mereka.
Semoga segala daya usaha Dato' Sri Ismail akan membuahkan hasil dan mampu memberikan imbuhan lumayan kepada para petani.
Aminnn..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan