Sabtu, 17 Mei 2014

HOT!! Pengumuman Dividen Pertubuhan Peladang (NAFAS) Memang Memberi Nafas Baru!! @IsmailSabri60 #DSIS @NajibRazak



Di majlis pengumuman dividen Pertubuhan Peladang (NAFAS) para peladang menerima berita baik kerana mereka akan diberikan 'nafas' baru untuk membantu mereka dalam bidang perladangan.

Gambar disekitar majlis tersebut,






























Gambar-gambar sekitar majlis pengumuman Dividen Dana Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bersama Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Dato' Sri Ismain Sabri bertempat di Dataran Pekan, Pahang pagi tadi.

Turut hadir ke pelancaran hari ini ialah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Ismail Sabri, Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Adnan Yaakob, exco exco kerajaan Negeri Pahang, ahli lembaga Peladang Kebangsaan dan para pegawai serta ahli ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan.

Menurut Menteri Pertanian, Keanggotaan Dana Peladang Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 17 Disember 2012 semasa Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan kali ke 39 di Berjaya Times Square.

Fokus utama Dana Peladang Kebangsaan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada ahli dan rangkaian Pertubuhan Peladang yang melibatkan NAFAS, 14 PPN, 276 PPK, 396 unit Ahli Koperasi asas tani dan 826 ribu ahli peladang berdaftar di seluruh negara.

Dana Peladang Kebangsaan telah berjaya menggembeling dan menyatu deposit bernilai 100 juta dalam masa setahun dan ini adalah kejayaan yang luar biasa bagi sebuah entiti yang baru ditubuhkan.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, Penggunaan Dana ini terbahagi kepada 6 perkara iaitu Pembiayaan Jangka Pendek, Pembiayaan Jangka Panjang, Projek Usaha Sama / Modal Teroka, Pembiayaan Sewa Beli Jentera Pertanian, Pembiayaan Kredit Berputar serta Ar-Rahnu.

Dalam ucapan alu aluan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Sri Ismail Sabri mengatakan bahawa sehingga kini, DPK telah melakukan pelbagai program promosi secara agresif bagi memperkasa dana ahli di seluruh negara.

Tahniah ucapkan kepada seluruh ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan di atas kejayaan ini.

Kiranya selepas ni para peladang tak perlu lagi mengharap orang tengah dan nasib mereka akan lebih terbela.

Tiada ulasan: