Jumaat, 23 Mei 2014

INFO!! Apa Cerita Bandar Getah di Kedah? #HanyaDiKedah


Dah terdengar cerita-cerita belakang mengenai Bandar Getah yang dijanjikan dalam AkuJanji BN Kedah dulu. Ada yang dah mula kata BN Kedah tipu, BN Kedah janji dicapati. Betul ka macam tu? Rasanya baru setahun berapa belas hari BN menang di Kedah. Bukan mudah untuk wujudkan perubahan dengan cepat.

Ingat duit boleh petik dari langit ka? Baca kenyataan dari Menteri Besar Kedah,

Kerajaan Negeri telah mengenal pasti tanah seluas lebih 400 hektar di Bukit Ketapang, di sini untuk dibangunkan dengan projek ‘Rubber City’. 
Menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, ketika ini pihaknya merasakan kawasan tanah kosong itu merupakan tapak paling sesuai untuk dilaksanakan projek itu kerana ia merupakan kawasan rata dan berhampiran dengan populasi. 
“Perbincangan sedang dijalankan dengan syarikat Tradewinds untuk mengusahakan projek itu. Saya rasa Kerajaan Persekutuan akan membantu dalam pembinaan infrastruktur seperti jalan serta bekalan air dan api,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Rakyat di Kampung Sungai Mani, di sini. 
 
Beliau berkata, banyak pelabur dalam dan luar negara berminat dengan projek tersebut. Selain kawasan ladang getah, ‘Rubber City’ itu juga akan mempunyai institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan industri getah. 
Katanya, usaha Kerajaan Negeri itu menjadi tarikan kepada syarikat pengeluar kerana mereka boleh mengguna pakai inovasi terbaru daripada institusi penyelidikan dan pembangunan itu. 
“Antara syarikat yang minat adalah dalam pengeluaran tayar. Banyak inovasi baharu dilakukan dalam pengeluaran tayar. Banyak juga hak intelek yang dikeluarkan institusi penyelidikan di Malaysia berkaitan bahan getah yang boleh guna untuk pengeluaran tayar,” ujarnya. 
Beliau yakin projek ‘Rubber City’ akan menerima pelaburan dalam masa dua atau tiga tahun ini. 
Dalam majlis itu, Menteri Besar turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM350,000 bagi pembinaan gabion (batu dalam sangkar) sepanjang 200 meter di Kampung Sungai Mani.

Kenyataan Menteri Besar semasa program Mesra Rakyat tempohari. Dibawah adalah gambar-gambar menarik semasa program tersebut berlangsung.


Tiada ulasan: