Jumaat, 20 Jun 2014

HOT!! #AORfestival cetusan rasa orang muda kepada anda! @MukhrizMahathir @AORfestival





Apa sebenarnya AOR festival??

AOR Festival ni cetusan idea sekumpulan anak-anak muda yang berasal Kedah yang ingin mempromosikan Kedah dari perspektif yang berbeza daripada kebiasaan. AOR ialah singkatan untuk Bandaraya Alor Setar. Penganjur ingin mengetengahkan jenama-jenama pakaian' underground', bakat-bakat kreatif dalam bidang seni kreatif seperti kaligrafi, muzik akustik, kesukarelawanan dan keusahawanan dari kalangan anak-anak muda Kedah yang sudah berjaya di peringkat antarabangsa, tempatan ataupun yang baru mula bertapak.

Festival AOR 1.0 secara kecil kecilan telah diadakan bulan lepas dan berjaya menarik hampir 2 ribu pengunjung yang kebanyakanya adalah anak anak muda.

Esok AOR festival akan bermula pukul 3 petang berdekatan dengan Balai Seni, Alor Setar. Rugi tak datang dan melihat kelainan idea anak muda.

Malah YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah akan hadir membuat perasmian program pada hari Jumaat, 20hb Jun 2014, jam 5 petang.

Jom beramai-ramai.. jangan menyesal kalau takmai.


Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kempen LIKE Page!
Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->

AOR ni dibuat utk anak2 muda dgn aktiviti sihat..
bukan buat utk membenci pihak lawan.
Cuba belajar pengaruhi jiwa2 muda dengan aktiviti sihat..
Budak2 Muda sekarang tak macam dulu..taksub dgn politik
depa boleh nilai atas dasar kepimpinan..
zaman la ni bukan orang sokong ikut parti(yang tu taksub).. tapi sokong dengan menilai kepimpinan pemimpin politik yg ada di tempat depa..