Khamis, 26 Jun 2014

HOT!! China Sudah Mahu Beli 'Sarang Burung' dari Malaysia - @IsmailSabri60 #DSIS


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menghantar pegawai ke China bagi membincangkan isu pengeksportan sarang burung walit yang belum diproses ke negara itu.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan kesediaan China membincangkan perkara tersebut yang dinyatakan oleh rakan sejawatannya dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

“Kalau dulu mereka langsung tidak mahu bincang mengenai sarang yang belum diproses, tapi sekarang sudah setuju,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini Isnin.

China sebelum ini memberi kelulusan kepada Malaysia bagi mengeksport sarang burung walit mentah bersih sejak Januari lalu, selepas beberapa siri perbincangan berikutan sekatan yang dikenakan ke atas negara ini.

Sekatan itu akibat laporan negatif media China mengenai kualiti sarang burung walit yang diimport dari Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata Malaysia sedang melihat beberapa negara sumber baharu untuk mengimport daging termasuk Sudan dan Somalia, berbanding bergantung kepada empat negara iaitu India, Australia, Thailand dan New Zealand pada masa ini.

Beliau berkata pada masa ini bekalan daging mencukupi namun langkah itu diambil untuk mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana negara, lebih-lebih lagi apabila ada ura-ura India akan mengurangkan eksport mereka pada masa depan.

“Kemboja juga merupakan negara baharu dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sedang berada di sana untuk membuat pemilihan lembu hidup bagi dibawa masuk ke Malaysia.

“Kita akan tengok kalau kita dapat pasaran baharu dengan harga dan kualiti yang lebih baik, kita akan kurangkan import dari India,” katanya. – BERNAMA

2 ulasan:

berasiam berkata...

ismail sabri harus memahami permasalahan industri burung walit dan peka untuk mengubah keadaan supaya lebih menguntungkan negara. keluarkan lesen import burung walit dari negara luar. jangan terlalu melindungi industri burung walit tempatan dengan mengharamkan import sarang burung walit. pengharaman import sarang burung walit oleh Malaysia menguntungkan Singapura yang mengambil kesempatan atas kelalaian kerajaan kita. sarang burung walit dari Indonesia sepatutnya diberi nilai tambah di Malaysia dan dieksport untuk memberikan hasil yang lebih tinggi kepada negara berbanding sarang burung walit belaan. isu ini patut dibuat perhitungan dengan lebih terperinci. Keluarkan lesen import, terumtama kepada Bumiputera supaya boleh mengambil peluang lebih besar dari industri berbilion ringgit ini. menteri tidak perlu terlalu mengikut telunjuk pengusaha tempatan yang dimonopoli pihak/kaum tertentu.

Tanpa Nama berkata...

Banyaknya bangunan tinggi2 kat k el...Perghhhhh.... Canggih.. Melayu ada berapa percent??

China sudah beli sarang brung.......Pergh.... Canggih... Melayu ada berapa percent???

Bee end dan Melayunya....