Sabtu, 7 Jun 2014

HOT!! Dr. Asri Kata Babi Jadi Halal Bila Di Proses? #CadburyHalal @CadburyMY


Mc agak sangsi dengan pandangan Dr Asri tentang DNA babi ni. Bukan tak percaya, tapi sebagai orang Kedah, Mc kenal sangat dengan pegangan Dr Asri dari dulu lagi.

Baca apa yang beliau kata,

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidn menyifatkan isu DNA babi dalam coklat Cadburry yang menjadi polemik baru-baru adalah merupakan satu isu kecil dan tidak perlu diperbesarkan. 
Asri ketika dihubungi wartawan Suara TV sebentar tadi berkata ilmuwan Islam berbeza pandangan berhubung perkara ini ada yang mengatakan ianya haram dan ada mengatakan ia halal dimakan. 
“Asal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram tapi tidak terbukti maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal. 
“Sebagai contoh ada ilmuwan Islam mengatakan baja yang mengandungi unsur babi dan digunakan untuk menyuburkan tanaman tidak di anggap sebagai haram kerana telah berubah sifat daripada binatang tersebut” katanya.


Menurutnya lagi DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain. 
“Ada dua pandangan berhubung isu ini dan ia tidak begitu besar malah tiada kesepetakatan daripada sarjana Islam mengenainya. 
“DNA dari segi Islam adalah halal maka dari segi umumia juga dianggap halal.
“Selagi ianya halal, maka (DNA babi di dalam coklat) dianggap halal” ujarnya lagi.

Walaupun beliau kata sumber rujukan beliau ialah Ulamak besar Dr Yusuf-Qaradawi. Namun Mc masih sangsi dengan pendapat demikian.

Malah dalam Islam, jika kita sangsi, ianya akan jadi haram. Soo.. takyah la makan kalau benda tu ada DNA babi.


McTheory:
Nak ka darah korang dicemari dengan DNA babi?

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang merosakkan aqidah orang islam adalah ulamak yang macam ni, kalau alquran dah kata babi tu haram haram lah, nak pusing apa, lain lah kes kes darurat, adakah tak makan coklat, roti,kek yang ada undur unsur minyak babi tu darurat..kalau dalam perubatan dah tak da ubat lain tu,boleh lah dianggap darurat, tapi pasal makan nak di pertikaikan...haram tetap haram lah, jangan nak tukar hokum allah, quran jadi rujukan utama lah....harap jangan lah ada ulamak yang memusingkan hokum allah..

Tanpa Nama berkata...

ini ulamak yang cari cheap publicity....di antara ulamak ulamak Malaysia yang kita tahu siapa yang selalu mengeluarkan komen komen yang mengelirukan... cheap publicity seeker

maae berkata...

Ini lah ulama liberal + sekular. Ada kah ummah akan selamat dengan pegangan ulama seperti ini ? Jemput dia makan di restoran cina, sudi tak si polan ini ? Katakan yang 'penyedap' dari unsur babi telah di proses dalam bentuk lain yang di campur dalam masakan cina tersebut. Lepas itu berikan coklat impot pemanis mulut yang gerenti ada dna babi....

Mereka-reka dan menghalalkan, membolehkan sesuatu yang tiada dalam perintah Allah, tempat nya neraka jahanam ! Sesungguh nya sesuatu yang meragukan, tinggalkan sahaja. Jangan di jadikan mubah mengikut hukum akal sendiri dan juga orang lain yang konon ilmu agama Islam nya melebihi kumpulan Ulama Muktabar yang layak mengeluarkan fatwa.

Aku memang tidak pernah bersetuju dengan cara beliau menangani sesuatu perkara sehingga berlawan arus sunnah wal jamaah yang di iktiraf di sini.

Tanpa Nama berkata...

Dlm bnyk isu aku mmg tak setuju dgn MAZA ni, tp dlm isu ni, klu Majlis Fatwa kata OK, aku ikut je. Kaedah istihala, bila sesuatu tu dah berubah bentuk, tak de langsung ciri dan mudharat bahan asalnya, mk apa yg diputuskan Majlis Fatwa aku ikut je. Sbg contoh, benda najis yg terbakar hangus jadi abu, masihkah sama hukum najisnya ? Begitu juga arak terperam yg dah jadi cuka.
Tp sbg makanan, aku sendiri sedaya mungkin akan mengelak, was was.

Tanpa Nama berkata...

Dasar syiah x boleh blah ahhh.
Dr asri ni...sesat

SentiasaPanas berkata...

Memang ada asasnya. Bukankah vaksin jemaah haji juga dibuat daripada dna babi?

Tanpa Nama berkata...

Wahabi..wahabi ...wahabi..

Tanpa Nama berkata...

Asri ini kaki sibok..PAS tolak dier..UMNO pulak xlayan dkesian orang gila glamour.

Tanpa Nama berkata...

Setitik arak di masukkan kedalam air sebaldi,adakah air itu maseh halal? Mungkin jawapannya halal,sekiranya kita tidak tahu.begitu juga dengan cadbery.

Tanpa Nama berkata...

biar betik?

dalam quran pun ada cakap "cadbury" tu haram... nabi pun pernah bersabda "jangan engkau halalkan yang haram, dan haramkan apa yang halal..." (tak ingat riwayat dari mana... mohon sesiapa di komentar tolong yer!)

soklan kepada ustat pening: adakah manusia sama atau tidak dengan DNA manusia?

ramai manusia zaman kini dengan selamba minum arak, main pompuan, zina bini/tunang/anak orang, main ekor, main mesin... semua tu halal pulak? tapi bila bab makan, terus stret "cadbury" tu haram...

demmmmmmmmmmmmm

mae berkata...

setau aku, babi jadi halal jika proses semulajadi menukarnya jadi bukan babi. contohnya babi mati dalam hutan. lama2 daging babi itu hancur jadi sebati dengan tanah dan dah tak ada rupa babi lagi. tanah itu jadi tak najis lagi.

proses oleh manusia tidak boleh jadi sebab untuk menghalalkan babi. contohnya daging babi dibakar hingga jadi debu untuk dibuat abu tayamum.

Koyan berkata...

Tolonglah sapa2 jgn lah panggil menatang Asri ni ulamak. Jgn hina korang hina institusi ulamak dengan manyamakan menatang Asri ni dengan panggilan ulamak.

Dia ni perosak Aqidah, pemecah belah umat dan pencari glamour macam pelacor yg dah menapouse di lorong2 sempit.

Kenali siapa Asri ini sebelaum mahu buak telinga mata baca dengar tulisannya.

Dia ni BAPAK Wahabi Malaysia. Tapi rasanya dia ni jauh sesat dr Wahabi konvensional. Tapi malang sebelahj Utara spt Perlis dan Penang dan Selangor ada yg jd anak murid menantang Asri ni.

So jgnlah berjinak2 dgn menatang sesat Asri ini kalau mau Aqidah selamat.

Sekali dengar mungkin tolak..taku 2-3kali dengar mula terpesonan.. iblis suka menda2 mcm ni..

lastly- JANGAN PANGGIL ASRI WAHBI NI ULAMAK OK.. KORANG JAGN SUBAHAT SAMA HINA AGAMA DENGAN PANGGIL MANUSIA INI ULAMAK.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan/Puan Koyan,
Cara hang berbahasa nampak macam orang dah lupa agama la...kalo ya pun hang hebat dan hang rasa DrMAZA salah, keluarkan lah hujjah atau bagi la hujjah ulama yang hang sokong tu...ni hujjah tak dak dok memaki hamun orang...ini bukan cara Islam, ini cara Taliban...kalo tak leh berhujjah, baik diam je dari buat dosa mencarut tak pasai2...

DS

Koyan berkata...

DS Macai..
yg hang sakit hati kenapa?
hang ni pengikut menatang Asri tuka?
hang kenai dak siapa menatang Asri ni? hang tau dak apa dia buat di Perlis masa jadi mufti? samsengnya dia konon nk halang bida'ah.. kenapa kait dgn taliban? dia tu wahabi totok..
kerja dia membida'ahkan org.. hang ni sapa? pencacai Asri ka?

hang tau dak mcm mana pegangn Aqidah Asri ni? kalau hang xkenai dia hang tu TUTUP MULUT DIAM.. kot2 stgi hang yg buleh dosa sokong perosak Agama.

Tanpa Nama berkata...

Dr Maza kn dh bgtau yg ada hujah2 lain pasal kes nih, contohnya dr ulamak besar Prof Yusuf Qadarawi sndr. Ini lah keluasan agama, xsemestinya hujah sunnah wal jamaah tu betul semua, yg maksum itu Nabi jer,..
Mmgla Al Quran ckp babi haram makan, tp kan ada ulamak zmn skrg ni cakap kalo dh benda tu berubah bentuk jd benda lain boleh hilang haramnye sbb dh berubah sifat. Yg kita ni jgnla kita terus pangkah xtentu pasal sbb diorng ada hujah2 diorng. Pergi baca n pahamkn dulu hujah2 semua para ulamak tersebut baik yg menyokong mahupun yg xsetuju dgn pendapat sesuatu isu tersebut. Lepas tu baru la tanye kt hati nk setuju ke x ngan pendapat tersebut sbb diorng semua ni dh berhujah dengan ilmu.