Selasa, 28 April 2015

Dr Asri Kata Ahmad Maslan Lebih Bijak Dari Ayahanda Tun Dr Mahathir?



Selepas kritikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad tidak faham tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST),

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil mengkritik kenyataan tersebut melalui laman Facebook miliknya.

Walaupun Asri tidak menyebut nama Ahmad, namun dalam postingnya, beliau mempersoalkan sekiranya pihak yang membuat kenyataan sedemikian lebih bijak daripada Dr Mahathir, jika bekas perdana menteri itu tidak memahaminya.

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!," tulis Asri malam tadi.

Semalam Ahmad menyifatkan Dr Mahathir sebagai tidak faham dengan GST selepas bekas perdana menteri itu mahu sistem cukai baharu dimansuhkan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir mungkin tidak menerima penerangan terperinci sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" kata Ahmad seperti dilaporkan Astro Awani.

Dalam posting yang sama, Asri juga berpendapat dalam fikah Islam, orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), pengurusan harta tidak boleh diserahkan dalam golongan seperti itu walaupun harta tersebut miliknya.

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?!," tulis Asri.

Posting tersebut memperoleh lebih daripada 41000 tanda "like" dan hampir 6000 jumlah kongsi.

Kebanyakan komentar mempersetujui kenyataan Asri dan ada yang menyuarakan pendapat tidak puas hati terhadap kenyataan timbalan menteri kewangan tersebut mengenai pelaksanaan GST yang membebankan rakyat Malaysia.

Dr Mahathir semalam, mengulangi pendiriannya menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya lapor The Malaysian Insider

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku ni susah gak,tp apa yg kalut sgt dgn gst..sampai bila nak bior peniaga cina tipu cukai..kita ni susah bila belanja tak ikut potongan badan..ataupun malas nak perbaiki diri..mana2 kat dunia barang harga naik..pasal kos transport tak penah turun..kos buruh tak penah turun..kos makanan kat indon lg mahal lg malaysia..tp dorang cari alternatif utk kurangkan perbelanjaan kuarga..merantau sampai malaysia..masuk mesia bley jadi kaya raya siap anto duit bejuta balik ke indon..org mesia tak abis2 dok komplen konon idup susah..malu la skit woii,bila nak sedor diri ni..malas nak komen pasal tun M dan asri ni,bila org berkepentingan bukak mulut ni la jadinye

Tanpa Nama berkata...

Kau cerita sikit bab gst cina tak leh tipu?
Cina boleh tipu semua benda kalau Menteri bangang...

GST patutnya harga barang turun tapi ini tidak berlaku...itu cina tipu lagi lah namanya...Menteri bangang tak boleh buat apa2, sebab dia memang bangang...siapa yg lantik menteri bangang, mesti 2x5...

Tanpa Nama berkata...

Kalau Mahathir tak faham, sebahagian pegawai kerajaan & rakyat tak faham. itu menunjukkan GST satu kaedah percukaian yg rumit yg hanya difahami oleh orang yg mahu berfikir sahaja. Mereka yg tak mahu berfikir hanya nampak mereka kana bayar cukai. Hakikatnya selama ini mereka juga tak pernah terlepas dari membayar cukai walaupun sesetengah barang yang mereka beli itu diseludup dari kilang atau pelabuhan (Membeli barang seludup dgn harga seperti barang bercukai. Penyeludup & pegawai yg bersekongkol dgn mereka sahaja yg kaya raya). Itulah perlunya ada orang yg lebih bijak & proaktif dari kita utk merancang & mengurus negara. Kalau tak faham, cubalah belajar & memahami apa yg tersirat disebalik GST. Bukan saja GST, malah penerima BR1M pun tak faham kenapa mereka diberi duit. Sebab itu sebahagian mereka tidak bersyukur.

Tanpa Nama berkata...

SOKONG GST.. SEPATUTNYA MAHATIR DAH LAMA PERKENALKAN GST NI.. BENDA BAIK KENAPA NAK DIMANSUHKAN?? HANYA YG TAK BERFIKIRAN JAUH SAJA YG BANTAH GST..!

Tanpa Nama berkata...

mufti perlis dah takda kerja ke dok sibuk komen politik ni?

Tanpa Nama berkata...

Bro 12.34, La ni dok dengar cerita ada peniaga yang kena kan GST pada barang yang dikecualikan GST. Dulu cuma kerajaan kena tipu , la ni lagi baguih kerajaan kena tipu , orang ramai pun kena tipu. Padan muka.

Depa nak kutip GST sebenarnya tak pa. kita faham ,GST merupakan cara percukaian yang terbaik ,yang kita tak faham depa buat apa dengan duit tu. Petronas dah bagi lebih dari dulu ,mungkin tahun ni kurang sikit sebab harga minyak jatuh, hasil cukai naik ,subsidi minyak dah tak ada. Tu yang dok tanya pasai apa tak cukup lagi.
Yang depa dok pi ambik consultant tu buat apa, sampai kena bayar 7 billion.

bab POTA ka , ISA ka kita tinggai sebelah dulu. Kita orang yg ikut peraturan ,ada POTA ,ada ISA ka kita tak kena tangkap.Yang buat salah dengan buat kacau saja kena tangkap.Kita pun bukan ahli politik.

Yang dok celaru lagi pasai 1MDB, kita tak la pandai kira kira tapi kalau pinjam 42B, kadar faedah 5% setahun. Faedah saja dah dekat 2B (kalau tak percaya kira sendiri ,42,000,000,000 X 5% he he he) sehari dah dok ada 5.7M ( kira sendiri juga 2,100,000,000 /365). Meniaga apa yang boleh untung 5M sehari.Depa kata beli IPP , IPP ni bukan saya kat Malaysia tapi kat negara lain jugak, dahsyat betoi, tapi bila kita campur keuntungan IPP yang depa beli,tengok tengok macam sikit sangat, apa cerita ni..Dengaq cerita IPP ni pun dah lama ,depa kata beli IPP boleh control harga lektrik, dulu Tun yang jahat pasai jaga kroni IPP caj TNB mahai. Kita pun dok pikiaq ,beli IPP ni lebih dari harga sebenar. kalau caj jatuh macam mana nak untung lebih. Dah la tu janakuasa lama , kos pembaikkan pun mungkin tinggi. Logik ka depa boleh jual lektrik kat TNB dengan harga yang lebih murah.Auta atau fakta kita pun tak pasti. Yang pasti 5M faedah dah kena tiap tiap tiap hari.

















Tanpa Nama berkata...

GST 6% lebih baik dari SST 5%,6% & 10% sekiranya peniaga bersikap jujur dan amanah. Saya juga yakin dengan penerangan Ahmad Maslan. Tapi jika ia x jadi lebih baik ialah kerana sabotaj dari peniaga yang yang tamak dan x mengikut garis panduan GST. Selain itu kenaikan harga barang juga boleh jadi kerana faktor lain contohnya peningkatan kos pekerja, pengangkutan dan macam2 lagi. Anda tahu kan pekerja sentiasa mahukan gaji dinaikkan.