Jumaat, 17 April 2015

MCA Mahu Ganti Dap Jaga Kebajikan Kaum Cina di Permatang Pauh


Untuk mengukuhkan lagi jentera BN di Permatang Pauh, MCA mengorak langkah awal dengan turun ke kawasan pilihanraya, bagi menyiapkan bilik Gerakan utama mereka, malah untuk kemudahan jentera bertugas dan memantau kerja-kerja pilihanraya.

Semalam, Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menyempurnakan majlis Pelancaran Bilik Gerakan MCA untuk PRK Permatang Pauh. MCA berjanji akan bekerja keras di dalam Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi.



Sebelum itu, Timbalan Presiden MCA, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa PRU14 MCA, juga telah turun ke Permatang Pauh untuk memantau persiapan MCA membantu calon Barisan Nasional (BN) di dalam menghadapi PRK pada kali ini.

Malah dalam perjumpaan dengan jentera PRK, MCA telah bertekad untuk buat sehabis baik, bagi memenangkan calon BN di dalam PRK tersebut.


MCA sedar mereka terpaksa menghadapi musuh utama mereka iaitu Dap, namun ada beberapa isu yang boleh mereka mainkan untuk menarik sokongan kaum cina. Tambahan pula, di Permatang Pauh, Dap tidak memainkan peranan untuk membela rakyat, mungkin mereka beranggapan kawasan tersebut bukan kawasan mereka.

Disebabkan itu, MCA mungkin dapat meraih sokongan dengan gerak-kerja bersemuka dan menjaga kebajikan kaum cina di sana.

Tiada ulasan: