Sabtu, 30 Mei 2015

Felda Menang Kes Saman Mazlan Aliman


Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd., yang menerbitkan buku bertajuk ‘Felda ... Dulu tolong Sekarang Ah Long,’ diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu tanpa kehadiran Mazlan dan wakil pihak penerbit buku berkenaan mahupun peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili mereka.

Dalam saman yang difailkan pada 20 Julai 2009, Felda selaku plaintif menamakan Mazlan, Anak dan Angkatan Edaran sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Namun begitu, tindakan saman terhadap Anak telah ditarik balik oleh Felda pada 9 Mei lalu 2013.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif menyatakan, tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah ‘ah long’ atau pemberi pinjaman wang haram dengan mengenakan kadar faedah yang terlampau tinggi .

Dakwa Felda , pernyataan fitnah itu menggambarkan, pihak plaintif bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Felda diwakili oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dan Nor Emelia Iszeham.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Padan dgn muka kau setannnnnn