Sabtu, 23 Mei 2015

Malaysia Tempatkan Pelarian Rohinga di Kem PLKN?


Kerajaan Malaysia akhirnya mengeluarkan kenyataan akan membantu pelarian Rohinga dengan menempatkan mereka di dua buah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dua buah kem itu dijadikan sebagai tempat perlindungan sementara pelarian Rohingya yang mendarat di Malaysia. Cuma lokasi kem PLKN tersebut belum dinyatakan.

Kenyataan ini dipetik dari twitter Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan dengan pihak berkuasa Majlis Keselamatan Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan turut sama terus membantu bagi tangani pelarian Rohinga yang semakin banyak membanjiri sempadan kita.

Tambah Hishammuddin lagi, perbincangan dalaman akan diadakan bagi mencari penyelesaian jangka pendek bertujuan menangani jumlah pelarian yang dijangka bertambah dari hari ke hari.

Tindakan Kerajaan ini menunjukan bahawa Malaysia juga prihatin keatas nasib pelarian Rohinga yang menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman di tanah air mereka.

Lagi pula kem PLKN kini sedang tidak digunakan, jadi rasanya tidak masalah jika kem yang lengkap dengan kemudahan itu digunakan sementara waktu bagi mereka berlindung.

Cuma tindakan Kerajaan berhati-hati dalam kes ini, supaya ianya tidak menjadi beban pada negara, sekaligus menganggu rakyat Malaysia sendiri.

Sebelum ini ada arahan dari YAB Perdana Menteri, mahu pasukan tentera Malaysia, memantau disekitar perairan negara bagi mengelakan sebarang perkara yang tidak diingini.


Tiada ulasan: