Ahad, 31 Mei 2015

Meludah Punca Nazmi dibuang padang



Singapura - Tindakan pemain bola sepak kebangsaan, Nazmi Mansor, meludah ke arah salah seorang pemain Timor Leste dikritik orang ramai setelah dia dilayangkan kad merah diatas tindakan tersebut.

Di media sosial, orang ramai memberi pandangan masing-masing terhadap insiden itu. Komen-komen itu mula dilontarkan setelah satu "screenshot" dimuat naik di laman Facebook HarimauMalaya. Kebanyakan pendapat yang diberikan mempersetujui tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Nazmi.



Selain kritikan dari pengguna media sosial, tindakan Nazmi juga disifatkan bodoh oleh portal berita Berita Harian Online.

Di dalam laporan yang bertajuk "Persembahan hambar walaupun atasi Timor Leste" itu, tindakan Nazmi itu disifatkan bodoh dan susulan kad merah dari tindakan itu menjejaskan rentak permainan pasukan kebangsaan.




Pasukan kebangsaan menang tipis keatas Timor Leste dengan keputusan 1-0 hasil jaringan dari oleh D. Saarvindran pada minit ke 11.


Dah la permainan pun teruk, skill taklah hebat mana. Berlagak umpama superstar. pehh..

1 ulasan:

Awanama berkata...

PEMAIN NO 28 Malaysia TAK PRODUKTIF LANGSUNG.
LARI SANI LARI SINI, TETAPI TAK DEKATI PEMAIN LAWAN YANG BAWA BOLA.
TENGOK CARA SINGAPORE.... MEREKA RAPATI PEMAIN LAWAN UNTUK DAPAT BOLA. PEMAIN MALAYSIA TAK GO FOR THE BALL LANGSUNG, TERHEGEH HEGEH.. TAK PRO LANGSUNG.
28 SHOULD BE OUT IN GAMES WITH THAILAND AND VIETNAM...
TAK CAYA CUBA TENGOK VIDEO MALAYSIA V LAOS.