Khamis, 7 Mei 2015

PKR Meroyan.. mengamuk sebab takut kalah! #PRKPermatangPauh


Penyokong PKR dari luar yang mula membanjiri Permatang Pauh mula 'naik minyak' dengan melakukan berbagai provokasi menjelang hari pengundian Khamis.
Selain penyokong PAS pro ulama yang diserang petang Rabu, sebelah malamnya dua buah kenderaan yang dinaiki sepasukan polis termasuk daripada unit pemusnah bom dikepung kira-kira 300 penyokong PKR di hadapan pintu masuk pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kumpulan berkenaan dikatakan melihat dua kenderaan polis itu dalam keadaan mencurigakan sebelum mereka bertindak menghalang dengan menggunakan beberapa buah kenderaan.

Keadaan bertambah tegang apabila penyokong PKR yang berkonvoi menggunakan motosikal mula berhimpun dihadapan sekolah berkenaan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Mereka yang curiga dengan kehadiran anggota polis di sekolah berkenaan melaporkan kejadian itu kepada kepimpinan PKR negeri.

Menjelang jam 12 tengah malam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sempat 'dilarikan' petugas keselamatan BN selepas diserang sekumpulan penyokong PKR di Jalan Tenggiri Seberang Jaya.

Manakala sebuah van Skuand sayang UMNO Wilayah Persekutuan yang diletakkan di Kampung Kepala Bukit, Bukit Indera Muda cuba dibakar selain kereta milik ahli Puteri UMNO dipecahkan cermin di Sg Semambu awal pagi Khamis.

Difahamkan semua laporan polis sudah dibuat oleh pihak terbabit.-Agendadaily

3 ulasan:

Awanama berkata...

Terok sgt meroyan...
nak kalah la tu...hehehe..

Awanama berkata...

Police mana??

Dah tau iyu kawasan puak kurang ajar PR apasal tak ambil tindakkan???

Nak tunggu ada yang mati baru nak bertindak ka??

Awanama berkata...

Itu lah budaya yg dibawa ANWAR IBRAHIM..yg sememang tahu bahawa pengikut dia adalah spesis BINATANG yg sekadar ada OTAK tapi TANPA AKAL.