Selasa, 23 Jun 2015

FELDA Bayar Zakat Kepada RM23.1 juta Pusat Zakat Negeri



Alhamdulillah walaupun Felda kini disabitkan dengan pelbagai cerita dan persepsi yang tidak baik. Tetapi perbuatan amal yang mulia akan menjauhkan organisasi ini segala fitnah jahat, cubaan cuba memburukan Felda.

Satu majlis Iftar telah dianjurkan oleh Felda bagi menyerahkan zakat pada tahun 2014, kepada semua Pusat Zakat diseluruh negara. Semoga pusat zakat ini dapat membantu mereka-mereka yang susah dinegeri masing-masing

Felda telah mengagihkan zakat berjumlah RM 23.1 Juta kepada negeri-negeri yang menjadi pusat operasi perniagaan mereka.


Majlis penyerahan tersebut telah disampaikan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak kepada Menteri Besar setiap negeri, Ketua Menteri dan wakil pusat bagi 14 buah negeri dimana Felda beroperasi.

Dalam ucapan YAB PM Dato Seri Najib, juga memaklumkan bahawa kewujudan Felda ini sebenarnya banyak membantu memakmurkan masyarakat dan negara amnya.

Rasanya kita rakyat Malaysia kena memberi sokongan kepada gabungan yang amat berjasa pada rakyat Malaysia.

Dibawah senarai zakat yang telah dikeluarkan oleh Felda kepada pusat zakat mengikut negeri.


2 ulasan:

Awanama berkata...

HTIADA GUNANYA BERMEGAH KUTIP ZAKAT BERJUTA JUTA.
TERBAHRU OKU BERKERUSI TIGA DUDA ANAK EMPAT....... NAK MINTA ZAKAT PUN TIDAH SEMUDAH KUTIP ZAKAT.
SO MANA PERGI WANG BERJUTA JUTA.... LABUR ?
UNTUK apa ?

megat panjialam berkata...

Yang urus wang zakat bukan PM, TPM atau menteri2. Ada pegawai zakat di pejabat zakat.
Ada faham ke prosedur wahai Tanpa Nama