Berita baik untuk semua, nampaknya Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan beroperasi sebelum umat Islam menyambut hari raya. Bermakna berpeluanglah orang balik kampung naik ETS ni.
Dato Seri Liow sendiri akan merasai kelajuan tren berkenaan serta akan meninjau perkembangan percubaan itu nanti sebelum membenarkannya untuk beroperasi walaupun perkhidmatan itu dijangka siap sepenuhnya pada bulan depan.
Jika ianya selamat dan boleh digunakan, beliau akan pertimbang umum bila ETS ini akan beroperasi, dan diyakini ianya bersama-sama pakej yang ditawarkan seperti jadual perjalanan dan tambangnya.
Beliau juga yakin ETS dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Kerana ETS merupakan salahsatu pengangkutan darat terbaru yang menyambungkan beberapa negeri dengan kelajuan yang agak pantas, jimat dan selamat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Bahagian Lumut. Turut hadir ialah Ketua MCA Bahagian Lumut, TS Kong Cho Ha dan Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!