Rabu, 22 Julai 2015

Kedah Hantar 216 Pelajar Ke Mesir Dan Jordan


Alor Setar 21 Julai : Seramai 216 orang pelajar Kedah berlepas ke Mesir dan Jordan malam tadi bagi melanjutkan pelajaran mereka. Majlis pelepasan dilaksanakan oleh Menteri Besar Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir di Maktab Mahmud Alor Setar malam tadi.

Dalam majlis itu juga, pelajar-pelajar telah menerima sumbangan daripada tiga pihak termasuk Perbadanan Menteri Besar sendiri. Turut hadir dalam majlis ini adalah Exco Kerajaan Negeri YB Dato Mohd Rawi Hamid dan juga YB Dato' Badrol Hisham Hashim. 


Bagi memudahkan urusan perjalanan mereka, beberapa buah bas disediakan kepada mereka untuk terus ke Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Mesir. 

Dalam ucapan YAB MB, beliau berpesan kepada pelajar-pelajar supaya tidak terlibat dengan politik dan kegiatan IS di Mesir. 

"Belajarlah bersungguh-sungguh supaya menjadi insan berguna dan pulang berbakti di Kedah". katanya. 








1 ulasan:

Awanama berkata...

Jaga-jaga jangan jadi kader DAP!