Pages

Jumaat, 21 Ogos 2015

Pemandu Lori Ingkar Peraturan diambil tindakan



Banyak aduan mengenai kenderaan berat termasuk lori memandu secara melulu hingga membahayakan penguna lalulintas yang lain.

Disebabkan iitu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesan 25 lori yang melanggar undang-undang menerusi operasi bersepadu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL), tempohari.

Pengarah Penguatkuasaannya Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata operasi bermula 6.30 pagi hingga 2 petang itu melibatkan 52 pegawai dan anggota SPAD, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) serta Jabatan Alam Sekitar Johor.

"Kesemua lori masing-masing membawa pelbagai muatan termasuk pasir, tanah, tanah liat dan batu.

"Antara kesalahan yang dikesan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 itu adalah membawa lebih muatan, muatan melebihi panel sisi serta ingkar arahan timbang," katanya lagi.

Che Hasni berkata pihak SPAD merekodkan keterangan daripada kesemua pemandu lori yang terlibat sebelum tindakan kompaun atau mahkamah dikenakan terhadap syarikat kenderaan tersebut.

Beliau berkata operasi berkenaan turut melibatkan 13 kenderaan pacuan empat roda milik SPAD, PTG dan Plus yang digunakan untuk meninjau lori yang melalui kawasan lebuh raya berkenaan sebelum diarah ke lokasi R&R berkenaan untuk pemeriksaan.

"Operasi bersepadu merupakan usaha SPAD bersama pelbagai agensi penguatkuasa lain bagi mengesan pengusaha lori yang masih gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan," kata beliau.

Sudah tentu operasi seperti ini akan sentiasa dijalankan demi keselamatan penguna lain. Mengikut kata beliau, tahun ini sudah dua kali operasi ini dijalankan.

Kita berharap, SPAD terus melakukan operasi kerana ia dapat mencegah kenderaan seperti lori lebih berhati-hati dan mengikut peraturan lalulintas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!