Isnin, 21 September 2015

Indonesia Harus Segera Hentikan Pembakaran Terbuka!



Disebabkan keadaan jerebu sudah mencapai ke tahap yang membimbangkan, sekolah-sekolah dibeberapa negeri telah diarahkan tutup untuk sementara kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing berada pada paras yang membimbangkan.

Bukan kali pertama Malaysia menerima tempias jerebu dari Indonesia. Boleh dikatakan hampir setiap tahun perkara yang sama berulang-kali berlaku.

Atas perkara tersebut, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mendesak pihak kerajaan Indonesia supaya menyelesaikan kegiatan pembakaran terbuka di negara itu dengan kadar segera.

Liow yang juga Menteri di Kementerian Pengangkutan sudah mengarahkan Jabatan Laut dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) agar mengeluarkan amaran jerebu kepada pesawat dan kapal-kapal.

Malah katanya lagi, segala operasi melibatkan pesawat dan kapal perlu dihentikan jika jarak penglihatan kurang daripada 600 meter (pesawat) dan satu batu nautika (kapal/bot) akibat jerebu.

Sememangnya pengangkutan diudara dan laut menerima kesan paling besar bila berlakunya jerebu. Arahan mengeluarkan amaran oleh sememangnya tepat pada waktu kerana ia boleh mengelakan kemalangan atau perkara buruk berlaku.

Orang ramai juga dinasihatkan agar kurang membuat aktiviti luar dan memakai topeng jerebu. Kerana jika terlalu terdedah pada jerebu, ianya akan memudaratkan kesihatan.

Tiada ulasan: