Rabu, 7 Oktober 2015

Kerajaan Tidak Abaikan Kaum Cina Luar Bandar


Sebagai Kerajaan yang memerintah, kebajikan dan kepentingan rakyat harus diutamakan. Walaupun adakalanya rakyat menentang apa yang mahu kita lakukan, tapi jika ianya bersifat baik dan dasar yang harus, lama kelamaan, rakyat akan faham.

Begitu juga dengan peranan MCA dalam Kerajaan. Sebagai parti yang mewakili kaum cina, MCA sentiasa cuba mencari jalan yang terbaik untuk membantu kaum cina.

Baru-baru ini Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mengumumkan bahawa sejumlah RM32 Juta telah diluluskan kerajaan bagi membangunkan projek infrastruktur fizikal di 607 kampung baru Cina di seluruh negara tahun ini.

Dana ini ianya bertujuan meningkatkan keupayaan masyarakat Cina luar bandar. Dr Wee selaku individu yang mewakili kerajaan, bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat Cina dalam hal ehwal kampung baru serta industri kecil dan sederhana.

Kita sedar, sokongan kaum cina terhadap Kerajaan juga berkurangan. Namun itu tidak bermakna Kerajaan perlu mengabaikan mereka.

Datuk Wee bergambar bersama 70 Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) dan Pegawai Bahagian Kampung Baru (BKB) di Menara Usahawan

Seharusnya masyarakat Cina membuka mata usaha yang dilakukan MCA ini. Kerana ianya lebih bermanfaat berbanding DAP yang hanya tahu berpolitik, tapi tiada tindakan dan hasil yang memberangsangkan.

"Sehingga kini 264 projek fizikal atau 53 peratus daripadanya sudah siap dan ia melibatkan peruntukan berjumlah RM18.4 juta. Projek yang bakal dilaksanakam perlu mendapat maklum balas dari penduduk agar ia betul-betul memanfaatkan penduduk kampung" kata Datuk Dr Wee Ka Siong.

"Sehingga kini, kerajaan telah memperuntukkan RM16,951 juta kepada 469 penduduk Kampung Baru Cina untuk menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan, skim PKBC yang berbentuk pusingan sebanyak RM100 juta itu disediakan dan dilaksanakan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membantu penduduk Kampung Baru Cina, khususnya bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan dalam membiayai perniagaan kecil" jelas beliau lagi.

Bantuan yang lebih kurang sama juga telah diberikan oleh kerajaan kepada kaum-kaum yang lain. Ternyata, usaha MCA dan Dr Wee ini sangat bermakna kepada kaum cina diluarbandar. Moga mereka sedar, bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan mereka, dan sentiasa mahu melakukan terbaik bagi rakyatnya.

Tiada ulasan: