Rabu, 28 Disember 2016

Kes 1MDB di Amerika diteruskan!!



Antara harta yang dikatakan dibeli oleh Jho Low hasil dana 1MDB.

"Harapan ialah dengan pendedahan oleh mahkamah di AS itu akan menepis segala tohmahan pihak tertentu bahawa isu harta daripada dana 1MDB yang dicuri oleh Jho Low ini sebagai satu daripada cara mencemar dan usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib."

Hari ini Isnin 12 Disember 2016 adalah tarikh menarik untuk semua rakyat Malaysia ikuti perkembangan tuntutan keluarga hartawan Malaysia, Low Taek Jho dikenali sebagai Jho Low, yang dikaitkan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka, termasuk bapanya, menuntut semula aset yang ‘dimiliki Jho Low’ yang disita oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Seorang hakim Persekutuan di negara Uncle Sam itu sudah menolak usul yang menuntut mereka diberikan masa untuk mencuba nasib di mahkamah di luar negara.

Jho Low adalah antara individu yang dinamakan dalam saman sivil RM4,000 juta) yang didakwa dari dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Dana itu dialihkan kepada hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga dan sebuah jet peribadi.

Bayangkan apa boleh dibuat dengan RM4,000 juta untuk pembangunan rakyat di negara ini. Pedulikah kita?




Keluarga Jho Low itu mahu ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman, dengan harapan ia boleh menimbang permohonan mereka mendapatkan harta-harta berkenaan.

Keputusan untuk meneruskan perbicaraan hari ini boleh menggagalkan rancangan itu. Peguam mereka ialah Daniel Zaheer daripada Kobre & Kim.

Mereka berusaha memfailkan usul untuk menangguhkan pendengaran hari ini (12 Disember 2016) kepada 23 Januari 2017 bagi membolehkan mereka ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman.

Kes-kes terbabit yang diusul keluarga Jho Low di sebuah Mahkamah Daerah Pusat California (Los Angeles) ialah: 16-cv-05364, 16-cv-05367, 16-cv-05368, 16-cv-05369, 16-cv-05370, 16-cv-05374, 16-cv-05374, 16-cv-05375 dan 16-cv-05378.

Tujuannya mencuba dan mendapatkan hartanah serta aset lain yang dipindahkan kepada pemegang amanah baru.

Kenyataan pada Rabu lalu menyebut Hakim Daerah AS itu, Dale Fischer menolak kedua-dua usul untuk menangguhkan pendengaran dan permohonan berasingan untuk melanjutkan tarikh akhir memfailkan tuntutan.

Tiada sebab diberikan dalam kenyataan pada Rabu lalu.




Pendakwa raya persekutuan yang membantah penangguhan pendengaran tersebut, menegaskan bahawa sudah hampir lima bulan berlalu sejak DOJ memfailkan saman sivil mendakwa lebih AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB.

Selain Low, Jabatan Kehakiman telah menamakan Riza Aziz dalam saman sivil itu. Aziz adalah anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Najib, dan merupakan pengasas Red Granite Pictures, yang mengeluarkan filem blockbuster Hollywood 2013 'The Wolf of Wall Street'.

Tuntutan keluarga Jho Low ini jika dilihat daripada berbagai perspektif akan membawa kepada pertanyaan dan hakikat bahawa:


1. Benarlah dakwaan DOJ bahawa Jho Low memiliki harta-harta seperti disebut dalam saman terhadapnya. Ini kerana jika Jho Low tidak ada harta berkenaan, bagaimana keluarga beliau boleh menuntut bagi pihaknya. Bagaimana kesudahannya?

2. Wajarkah harta yang dicuri daripada dana 1MDB dipindah milik kepada keluarga sedangkan ia masih dalam siasatan DOJ?

3. Walaupun tahu ia bukan harta yang dikumpul secara ‘bersih’ tetapi kenapa keluarga Jho Low bimbang semua harta berkenaan dirampas dan mahu dijadikan n milik mereka?

4. Apa usaha keluarga Jho Low selanjutnya jika terus gagal untuk dibawa kes ini ke New Zealand dan Kepulauan Cayman?

5. Persoalan asas yang belum terjawab ialah kenapa pemimpin dan kerajaan Malaysia tidak sama menuntut harta yang dikumpul oleh Jho Low itu untuk dibawa ulang ke negara ini?

6. Apakah harta yang dimiliki Jho Low itu bukan harta rakyat negara ini?
Persoalan kelima ini menarik kerana Jho Low kini dilihat seperti ‘manusia kebal’ di Malaysia sedangkan di Singapura, lain pula kedudukannya.

Bukan sahaja pemimpin negara, parti utama yang memerintah iaitu UMNO dan pihak berkuasa lain tetapi rakyat juga kebanyakannya bagaikan tidak menghiraukan wang sebanyak AS1,000 Juta (RM4,000 juta) dicuri oleh Jho Low.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagaikan tidak berminat dengan ‘perbuatan Jho Low’ ini, walaupun rakyat mempersoalkan hubungan rapat antara mereka.

Sedangkan di Sigapura, pada 10 November 2016 lalu, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) negara itu dilaporkan berminat untuk menyoal jutawan kelahiran Pulau Pinang itu dalam siasatan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

The Straits Times Singapura memetik pegawai penyiasat CAD, Oh Yong Yang menyatakan pendirian CAD itu kepada mahkamah semasa perbicaraan kes bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei yang menghadapi pertuduhan membantu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB dan cuba menutupnya.

Oh dipetik sebagai berkata bahawa polis Singapura juga berminat menyoal sekutu Jho Low, termasuk Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Badawy Al Husseiny.

Laporan akhbar utama Singapura itu menyebut ketiga-tiga lelaki itu juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang lain.

Mereka juga dinamakan dalam saman sivil DOJ AS setebal 136-halaman berhubung siasatan saga 1MDB.

DOJ percaya lebih AS$3.5 bilion diselewengkan daripada dana Malaysia itu dan disalurkan melalui sistem kewangan Amerika.

Diharapkan ada suatu keputusan menarik daripada perbicaraan hari ini yang akan membawa harapan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan kembali harta milik mereka yang dicuri.

Juga harapan ialah dengan pendedahan oleh mahkamah di AS itu akan menepis segala tohmahan pihak tertentu bahawa isu harta daripada dana 1MDB yang dicuri oleh

Jho Low ini sebagai satu daripada cara mencemar dan usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.

Jika keluarga Jho Low berharap mendapatkan harta berkenaan, rakyat Malaysia pula pastinya berdoa dan berharap yang benar akan tetap muncul akhirnya.

Biarlah harta yang dicuri itu dijaga sementara oleh pihak berkuasa AS daripada ia jatuh ke tangan Jho Low dan konco-konconya yang mendapatkannya secara jahat dan haram melalui penyelewengan dana 1MDB yang kini dibicarakan oleh banyak negara dunia.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Kes jo lho guna peguam utk pemegang amanah harta dan keluarga harus diambil secara teliti.. ibarat menarik rambut dlm tepung.. rambut x putus tepung tak selerak... klu yg terlibat bernama amat bin busu maka semua kaum Cina riuh rendah tak kira DAP pembangkang maupun dari cina MCA dan Gerakan ... Jho Lo satu contoh kaum Cina yg tamak... kedekut.. licik tapi penakut sambil mengambil kesempatan dan peluang yg datang pada dia dan keluarganya.. Kaum Cina secara diam2 tidak menyerang perbuatan Jho Lo sbb dia orang Cina tapi kaum ini memanipulasi isu isu ini pada pemimpin negara terutama UMNO yg menerajui kjaan islam di Malaysia. .. kerajaan di nesihat supaya tidak lagi beri muka pada orang orang Cina kali ini kaum perosak.. menipulasi.. livik.. penipu dan tamak haloba... kjaan perlu mengkaji dasar nya oada semua kaum cina di negsra ini dan pengajaran perlu ditinjukkan pada kaum ini... jangan beri muka dan kemudahan yg kerana kaum ini bertundak spt api dlm sekam ..... sikit sikit kjaan melayu iskam diperleceh dng dana yg ada mereka pula menghasut... merasuah.. membeli parti parti pembangjang melayu utk mennjatuhkan pimpinan kerajaan...

Awanama berkata...

Hairan sungguh sejak kebelakangan ini kebanyakan ayam-ayam yang makan dedak datang dari Belanda, Turkey, Ayam KFC, Ayam Togel Singapore, Ayam Masak Merah, Ayam Korma, Ayam Penyet termasuklah Bapa Ayam dari Penang dan Selangor.