Pages

Rabu, 15 Mac 2017

Sambutan Luar Tabi'e Umno/BN Terengganu sempena program Tun Mahathir

Kain rentang disabotaj

KETAKUTAN!! Itu agaknya yang berlaku sekarang ni apabila mengetahui bahawa Tun Dr Mahathir akan datang ke Terengganu. Habis kain rentang PPBM disabotaj oleh mereka yang tidak bertanggung jawab, siapa lagi lawan yang paling ketat sekarang ini kalau bukan mereka yang datang dari parti Umno/Bn.

Dulu mereka kata Parti Pribumi Bersatu Malaysia ini parti kecil, tempelan atau parti pondok-pondok, takkanlah dengan parti pondok-pondok pun takut?

Pemimpin Umno pernah gelarkan Tun dengan panggilan orang tua 'nyanyuk' baling gelas pun tak pecah. Tapi cara mereka menyambut program Tun ini tidak mengambarkan demikian.

Sudah tentu, mereka takut dengan gelombang yang akan Tun bawa nanti boleh merubah suasana landskap politik semasa di Terengganu. Sesungguhnya rakyat Terengganu pun menunggu paluan perang dari bekas Perdana Menteri 22 tahun ini untuk merubah terus agar membuat pilihan masa hadapan kehidupan kearah yang lebih baik.

Lihatlah beberapa kain rentang program Tun telah kerat detail programnya.


Detail program dipotong

Dalam masa yang sama, mereka ini juga mengantung kain rentang palsu dengan tarikh telah diubah kesuatu masa yang lain!

Gambar dibawah,

Tarikh program telah diubah dari 16hb ke 17hb

Tak cukup dengan kain rentang palsu, mereka juga melekatkan flyer palsu (lokasi telah diubah) untuk sebaran kepada orang ramai!

Seperti gambar di bawah,

Flyer palsu dengan lokasi berlainan

Nampak sangat ketakutan luar tab'ie telah melanda Umno Terengganu! Kita pun pelik bertambah hairan dengan mereka. Umno ada segala-galanya dari Tv, radio, akhbar dan agensi penyebaran. Malah boleh buat 10 ceramah dalam satu hari. Tapi mereka cukup takut apabila Tun turun untuk bertemu rakyat bagi menjelaskan segala-galanya.

Apakah Umno kini telah sedar bahawa segala berita yang disebarkan oleh Kerajaan BN sudah tidak  lagi dipercayai oleh rakyat?

Atas sebab demikian mereka mahu sabotaj program ini, dari biar rakyat mendengar kebenaran yang akan dibawa oleh Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Hj Mukhriz di BICARA NEGARAWAN pada 16 Mac 2017 bertempat di Pekan Ajil jam, 8.30 malam.

Pada hari yang sama juga ada walkabout di Pasar malam Pak Tuyu, Kuala Nerus, Terengganu bersama Tan Sri Muhyiddin dan Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir pada jam 5,30

Jom pakat turun ramai-ramai!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!