Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pas pis pus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas pis pus. Papar semua catatan

Ahad, 24 Mei 2015

Parti Pas Semakin Mengarut? - Mat Taib


Nampaknya perkembangan terbaru dalam PAS semakin menarik. Hari demi hari ramai golongan profesional semakin meninggalkan PAS.

Terbaru Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor, menyatakan rasa kecewanya kepada PAS, Muhammad berkata, parti itu seolah-olah tak pedulikan lagi bukan Islam di negara ini.

Dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Petaling Jaya semalam, Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan pernah diambil bekas mursyidul am mereka, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kta Muhammad, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

"Kita mahukan seorang tokoh alim seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ni lain. Kini kita nampak tak lagi nampak macam tu," katanya.

Sebelum ini, kata Muhammad lagi, beliau sangat berminat dengan PAS.

"Sekarang dah tak minat sangat dah," katanya.

Dah cabut awal

Beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor antara Ogos 1986 hingga April 1997 berkata, faktor itu menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar (gambar, kiri) meninggalkan PAS tahun lalu.

"Sahabat saya Thamrin dah cabut lari awal-awal. Dia (Tamrin) kata (PAS sekarang) mengarut. Tapi saya bertahan lagi.

"Tengok bulan enam (Jun) ni macam mana," kata beliau merujuk kepada muktamar tahunan PAS yang dijadual diadakan di Kuala Selangor.

Muktamar kali ini membabitkan pemilihan semua peringkat pimpinan, termasuk presiden.

Ia dianggap antara yang paling sengit dalam sejarah kerana melibatkan dua kumpulan utama, iaitu golongan yang digelar proulama dan sederhana.

Sabtu, 5 Januari 2013

TUDIAA!! Kisah Anak Buah YB PAS Kena Tangkap Edar Dadah?


Suatu masa dahulu, PR menjadikan isu dari kisah kaum keluarga pemimpin BN yang ditangkap terlibat dengan najis dadah dan di mana polis dah jalankan tugas untuk tangkap.

Tiada isu polis ditahan menjalankan tugas. Dan tiada isu untuk salahguna kuasa dan masuk campur tapi mereka tetap jadikan isu.

Sekarang mahukah mereka jadikan isu dari peristiwa berikut:


Pada hari selasa Januari 1hb, 2013, satu tangkapan narkotik dibuat oleh satu pasukan anggota narkotik yang diketuai oleh Sub Inspektor Wan Zain di belakang Sekolah Menengah Cherang Ruku, Pasir Putih pada lebih kurang 3 tengahhari.

Mereka telah menahan dia orang lelaki Melayu - Wan Imran b. Wan Ramli, Penungang motosikal berumur 18 tahun dan Mohd Hapizul b. Mat Nasir sebagai pembonceng dengan ditemui 20 biji pil kuda.

Selain itu, kedua-dua mereka gagal membawa dokumen perjalanan iaitu kad pengenalan) dan ditahan untuk ditahan dan lokap di IPD untuk siasatan lanjut.

Difahami bahawa Wan Imran adalahg anak kepada Wan Ramli b. Wan Ibrahim, Penghulu Tetereh Tuga dan juga anak saudara kepada ADUN PAS, YB Wan Hassan b Wan Ibrahim wakil rakyat Semerak.

Sambung baca  SINI

McTheory:
Puak Pas apa pun takpa, dosa Nik Aziz boleh ampun.. janji Pas!!