Pages
▼
Ahad, 13 Disember 2009
Ketuanan Melayu siri ke 2
Hak orang Melayu bukannya hendak menjadi tuan kepada semua kaum, orang Melayu cuma nak haknya di kekalkan. Sebagai contoh, kuasa politik pemimpin Malaysia ialah kaum bumiputra di wakili orang Melayu, dalam perlembagaan Sultan dan Raja tetap di daulatkan, Agama rasmi tetap agama Islam, bahasa rasmi tetap Bahasa Melayu, dalam ekonomi DEB yang membantu usahawan-usahawan Melayu yang baru, dalam pendidikan kuota kemasukan ke IPT tetap di kekalkan untuk orang bumiputra. UITM tetap menjadi hak orang bumiputra dan tak di ganggu. Hak memiliki tanah dan kediaman dengan peratus potongan harga untuk bumiputra dan banyak lagi subsidi dan sokongan-sokongan kerajaan untuk bumiputra. Semua ini bukan bermakna orang Melayu tak mampu berusaha sendiri, ini semua sebagai tongkat dan sokongan terhadap orang Melayu yang masih lemah untuk menghadapi saingan dari kaum-kaum yang lain. Kekalkan hak keistimewaan yang kecil ini untuk generasi kita yang akan datang, kita tak nak anak cucu kita merempat di tanahair kita sendiri. Inilah sebenarnya yang di ingin pertahankan oleh semua orang Melayu, bukannya ketuanan Melayu seperti Anwar dan Dap selalu mainkan. UMNO bukan rasis, UMNO cuma mewakili kaum Melayu, sama juga MCA dan MIC semua memperjuangkan kaum masing. Demi menubuhkan kerajaan semua parti ini bersatu di bawah payung Barisan Nasional, yang di ketuai oleh UMNO sebagai kuasa politik yang terbesar. Ini berbeza dengan Pas, Pkr dan Dap. Pakatan Rakyat di tubuh bukan untuk membela rakyat, Pakatan Rakyat hanya berhendakkan kuasa politik, Pakatan sanggup buat apa saja demi kuasa. Ketuanya sanggup mengadai maruah bangsa sekali pun untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pas? Pas bukan lagi pembela agama dan bangsa, sejak kemunculan anwar dan Dap, Pas sekarang cuma satu agen pembohong orang Melayu dan penjilat Dap demi kuasa. Janganlah di harap mereka-mereka ini nak mempertahankan bangsa Melayu. Mereka-mereka ini sanggup bergadai apa saja demi kepentingan politik busuk mereka. Jangan perjudikan masa depan kita pada mereka, kerana mereka hanya mempergunakan kita untuk politik, kuasa dan wang!
btul ke? tgk anwar mcm baik je pun. kita patut bg anwar cba perintah Malaysia dlu. baru buat kesimpulan. jangan serbu je.
BalasPadamdin kajang
Agama dan bangsa.
BalasPadamatau
Bangsa dan agama.
Mana yang anda pilih dia ada beza dari susnan huruf mahupun prioriti.