Pages

Selasa, 15 Disember 2009

PAS: Masih utamakan hukum hudud dan Negara Islam?

Musyridul am Pas Nik Aziz Nik Mat, berkata Pas tidak akan sekali-kali berkompromi dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud kerana ia sebahagian tuntutan agama, tegas menteri besar Kelantan.
"Mana boleh kompromi, ini ibadat. Bila kita tolak politik Islam, (maksudnya) kita tolak ibadat. Sedangkan Tuhan buat manusia ini untuk beribadat.
"Ibadat bukan bermakna sembahyang sahaja," tegasnya.

Apabila ditanya mengenai Karpal Singh yang suatu ketika dahulu mati-mati menolak penubuhan Negara Islam, ini jawapan Nik Aziz ''tak apa. Karpal Singh ini kira orang tua. Kadang-kadang bila orang kacau kita, kita tengok orang itu. Kadang-kadang kita kata, biarlah. Dia sudah tua, kita hormatlah dia.
Orang yang bercakap macam itu, sudah tidak ada sekarang, makin kurang. Itu watak lama. apa boleh buat? Nabi Muhammad dulu, bapa saudaranya Abu Talib membela baginda, tetapi dia tidak turut Islam. Apa boleh buat?
(Membaca hadis) Nabi kata, baginda ajar bapa saudaranya mengucap (dua kali syahadah), tetapi dia (Abu Talib) kata: 'kalau aku mengucap aku malu' malu (sebab) bapa saudara turut (ajaran) anak saudara. Biasanya anak saudara yang ikut bapa saudara. (Abu Talib kata,) 'tidak mengapalah, biar aku masuk neraka daripada tanggung malu.' Ada juga orang sebut macam itu.
itu jawapan yang diberikan oleh Nik Aziz.

MctHeory: Kita berbalik pada sejarah Pakatan pembangkang, dari zaman Barisan Alternatif hinggalah Dap meninggalkan gabungan pembangkang pada tahun 2001 disebabkan Pas mahu meneruskan niatnya dengan menjalankan hukum hudud dan Negara Islam. Begitu tegasnya prinsip Dap, Dap sanggup meninggalkan rakan-rakan pembangkangnya semata-mata tidak mahu merosakkan prinsip perjuangan parti.

Adakah Pas juga setegas Dap?

Tidak! aku boleh beri jawapan tidak berpandukan dalam beberapa keadaan politik sekarang, contohnya:

-Isu Arak di Selangor,
Semua di antara kita tahu, Pas sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Dari sekecil-kecil isu, hinggalah besar semuanya di tentang hebat, tapi bila Dap menentangnya dalam isu rampasan arak. Pas hanya berdiam diri, ulama-ulama tersohornya hanya diam membatu, malah ada juga yang menyalahkan UMNO kerana memainkan isu. Hanya jaguh kampung Pas Hasan Ali sahaja yang berani bersuara, itu pun angkat bungkus menyerah diri kepada Dap bila Anwar turun padang suruh berdamai.

-Isu Kilang Pemotong babi di Alor Star, Kedah.
Sekali lagi Pas di gertak oleh Dap kerana berani mengusik kilang pemotong babinya. Dap yang menarik diri keluar pakatan di Kedah akhirnya di pujuk balik oleh Pas dan ketua Pakatan untuk kembali berdamai, lihatlah betapa flip flopnya Pas terhadap Dap.

-Selangor rancangan Dap membuat kandang babi terbesar di Asean.
Pas mengambil sikap berdiam diri, walaupun di ketahui kawasan kandang babi itu berdekatan dengan perkampungan Melayu. Sehinggalah sekarang masih tiada bantahan oleh pemuda Pas atau ulama-ulama Pas yang berani bersuara mengenai rancangan kerajaan Selangor (hasil plan Dap) untuk meneruskan kandang babi terbesar Asean (pembekal utama babi ke singapura).

Ini hanya sedikit sahaja contoh Pas mengikut telunjuk Dap, sampailah sekarang berbagai isu lagi seperti di Perak si Nizar jadi boneka Dap, Pas menentang isu I.S.A kerana Dap. Bila Nik Aziz bersuara bahawa Pas tidak akan berkompromi dalam isu Negara Islam dan hudud, bolehkah kita percaya? Ya! seperti lazimnya, Pas hanya bercakap mengenai Islam hanya untuk menyedapkan hati orang Melayu Islam, dan seperti biasa Pas hanya bercakap kosong, janji kosong dan tiada nilai langsung. alahh. .senang cakap je berkobar, habuk pun tarak. Fikir-fikirkahlah. .

2 ulasan:

  1. dengar bole la. percaya tidak sekali. . Pas. .memang mainkan Islam

    Mie

    BalasPadam
  2. Kalo PAS tak buat ape untuk Malaysia. Ape yg ameno buat untuk Malaysia lak? menghancurkan ada ler...

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!