Isu peguam VK Lingam kembali mendominasi perbahasan Dewan Rakyat ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Seri Mohamed Nazri Aziz membentangkan Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 untuk bacaan kali kedua semalam.
Mohamed Nazri menjawab dakwaan dan tohmahan daripada anggota parti pembangkang berkata siasatan suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu klip video Lingam serta siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan.
Dari sudut perundangan, pelantikan hakim yang kononnya diatur oleh Lingam, sebenarnya dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan, katanya.
Jawapan Mohamed Nazri mengundang kemarahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganggap kenyataan menteri itu sebagai melampau dan memperbodohkan dewan.
Beliau berkata isu mengenai Lingam telah dibangkitkannya melalui Laporan Perwaja Steel pada tahun 1995 dan melahirkan rasa dukacita dengan cara kes itu dikendalikan.
Mohamed Nazri dengan secara spontan telah bangun menjawab: "Kalau Yang Berhormat sebagai bekas timbalan perdana menteri bawa kes ini pun tak selesai, jadi macam mana saya hendak selesai masalah ini."
Jawapan Mohamed Nazri disambut dengan ketawa oleh anggota parlimen, dan Anwar kemudian bangun meminta maaf dan melahirkan perasaan dukacitanya kerana gagal menyelesaikan masalah itu, dan berharap kepimpinan baru kerajaan dapat berbuat demikian.
Mohamed Nazri berkata jika Anwar mahu menolong menyelesaikan kes itu, beliau perlu ikhlas. Kalau nak tolong, tolonglah betul-betul, jangan tolong bagi jatuh kerajaan, kalau kerajaan jatuh, saya pun tak boleh selesai masalah," kata Nazri lagi.
MctHeory: Heh!. . Anwar ni pandai juga buat lawak rupanya. Aku ingat pandai sangat si Ketua Pakatan ni, rupanya dengan Nazri botak pun dia kena. ishh. . Lain kali selidik dulu baru melenting, kerja nak hentam kerajaan, apa pun kerajaan salah, kena muka sendiri baru nak minta maaf. Kelakar siot. .hahaha. .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!