Pages

Isnin, 11 Januari 2010

BERITA: ISA wajar digunakan



Tahun lepas kita dikecohkan dengan ahlul-ahlul penyokong pembangkang yang turun kejalan semata-mata untuk meminta kerajaan membubarkan Akta Keselamatan dalam Negeri (I.S.A). Sebenarnya motif parti pembangkang itu lebih memotifkan politik. Mereka tidak memikirkan apa kebaikkan akta berkenaan pada rakyat dan negara. Mereka hanya menuntut demi kepuasan nafsu serakah mereka sahaja.

Sebagai contoh, keadaan sekarang adalah amat sesuai jika kerajaan menggunakan ISA hanya untuk menjaga keamanan negara. Akta ini boleh digunakan untuk sebarang tangkapan kepada suspek tanpa merujuk kepada mahkamah. Ini hanya untuk mengtenteramkan negara dari pelbagai segi ancaman.

Dalam isu pembakaran gereja. Kerajaan telah membuat keputusan untuk menggunakannya, sila baca berita dibawah.

PUTRAJAYA 10 Jan. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersetuju Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan jika langkah tersebut mampu membendung menularnya perbuatan menyerang gereja dan surau.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, ISA wajar digunakan jika langkah tersebut didapati berkesan dalam mengembalikan semula keamanan dan ketenangan di negara ini.

‘‘Saya berharap dalam keadaan ini kita semua bertenang, jangan membawa perasaan masing-masing sehingga mengakibatkan perkara tidak sihat.

‘‘Negara kita ada undang-undang jadi biarkan undang-undang yang putuskan, jangan sekali-kali kita mengambil dan melaksanakan undang-undang atas dasar peribadi secara persendirian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penyampaian hadiah pertandingan boling antara jabatan peringkat kementeriannya.

Mohd. Shafie turut menaruh keyakinan pihak berkuasa akan ambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba menganjurkan perkara yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

‘‘Saya berharap sebagai umat yang ada peradaban, kesabaran dan keimanan harus berpandukan kepada ajaran Islam yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut dua insiden terbaru cubaan membakar berlaku membabitkan Gereja All Saints di Taiping dan Sekolah Menengah Convent, di Ipoh, Perak awal hari ini.

Tiada kerosakan pada gereja yang terletak di Jalan Taming Sari, Taiping itu tetapi hanya kerosakan kecil dilaporkan pada pos pengawal Sekolah Menengah Convent.

Semalam, sebuah surau diserang Kampung Jawa, Kelang sehingga mengakibatkan kerosakan.
- Utusan Malaysia



MctHeory:
Sebagai rakyat Malaysia, kita tertanya-tanya apakah motif pembangkang beria-ria mahu akta ini dibubarkan oleh kerajaan. Mereka memberi alasan bahawa, akta ini mungkin disalahgunakan oleh kerajaan untuk menangkap pemimpin pembangkang yang melawan kerajaan.

Kita telah tahu bahawa, akta ini umpama pelindung kemakmuran negara, ia lebih digunakan untuk isu yang sensitif seperti isu perkauman dan agama. Pemimpin pembangkang terutamanya DAP, selalu mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman. Jika semua orang di negara ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur hasutan dan perkauman, apa akan jadi?

Rakyat akan diracun dengan pelbagai andaian yang merosakkan. Emosi masyarakat akan meningkat malah boleh menyebabkan pergaduhan antara kaum. Akta ini hanya untuk melindung masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Malah akta ini juga masih lagi relevan untuk pentadbiran negara sekarang.

"kata orang, kalau tak salah, buat apa mau takut?!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!