Pages

Isnin, 11 Januari 2010

ISU: PAS SELANGOR! MANA LARANGAN JUALAN ARAK DI KAWASAN UMAT ISLAM?!!




Isu arak di Selangor sebenarnya telah di ghaibkan dari pandangan umum, bagaikan sudah selesai, hakikatnya, ramai lagi umat-umat Islam yang hati perutnya kelam mudah mendapatkan air kencing syaitan ini di kedai-kedai 24jam.

Semasa aku turun ke Petaling Jaya Selatan untuk mencari maklumat berkenaan Topic Serbu Taman Medan, aku terserempak dengan sekumpulan remaja Melayu Islam (walaupun sudah tak nampak lagi Islamnya), baru keluar dari kedai 24jam sambil memegang minuman keras ditangan.

Melihat kejadian tadi, aku sangat terkejut. Aku pun terus masuk kedalam kedai 24jam tu. Kelihatan botol-botol minuman keras di belakang kaunter cashier sahaja, disitu juga kelihatan poster besar bertulis "Orang Islam Dilarang Membeli minuman keras, arak adalah haram!" tapi macam mana pula remaja terbabit boleh beli minuman keras.

Situasi 1:
Untuk mendapatkan kepastian mengenai pembelian minuman keras, aku pun memanggil
seorang bangla yang menjadi pembantu kepada cashier.

"baiya..sini kejap" aku panggil. "ada apa abang" bangla tu tanya.
"sini la baiya, saya mau minta tolong sikit" kata aku pada bangla tadi.

Bangla tu pun datang, aku terus tarik bangla tadi pergi belakang kedai untuk dapatkan kepastian.

"baiya, saya mau tanya sikit boleh?" aku tanya.
bangla jawab "mau tanya apa abang, cepat sikit saya ada banyak kerja (loghat bangla)"

"Saya mau beli arak tapi saya Melayu boleh beli ka?" aku bagi soalan cepumas.
"abang pergi kaunter suruh itu cashier ambil, bayar saja la" bangla tadi jawab lagi

"Eh!..orang Melayu boleh beli ke? tak kena tangkap ke?" aku tanya lagi.
"Ramai orang Melayu beli la abang" dia jawab balik.

"tapi poster kat belakang kaunter tu kata, orang melayu tak boleh beli? kalau jual kat orang melayu tak takut itu 'haji' (JAIS) tangkap ka?" aku tanya lagi.
"Takda apa la abang, itu poster letak saja, 'haji' pun tak penah datang, bos suruh letak-letak saja la". bangla tu jawab dengan bangganya.

"itu macam ka, kalau aku beli pun ok la ni" tanya untuk kepastian.
"tadapa la abang, line clear, jangan takut, abang mau yang mana, saya tolong ambil bagi abang". bangla tu jawab dengan yakin sekali.

"takpa-takpa, nanti kalau aku nak, aku cari ko ok" jawapan nak lari.

Bangla tadi pun masuk kerja balik sambil garu-garu kepala memandang aku.

Situasi 2:
Seterusnya pada malam berikutnya aku pergi kekawasan yang memang penempatan orang-orang Islam kawasan PJS 8/9. Kawasannya tidak jauh dari kawasan masjid. Sebuah kedai 24jam yang selalunya sibuk, bersebelahan dengan kedai makanan halal. Aku difahamkan kedai 24jam tersebut merupakan tempat pembelian arak paling mudah bagi remaja melayu, walaupun dibawah umur.

Sampai di kedai berkenaan, aku terus meninjau keadaan kedai tersebut. Didalam kesibukkan kedai tersebut. Kelihatan ada remaja Melayu yang sedang membeli minuman keras. Aku hanya memerhatikan dari jauh. Selepas remaja itu pergi aku terus ke kaunter pembayaran yang ada botol arak dibelakangnya.

Dialog antara aku dengan dua pekerja kedai berkenaan:

Mc: Baiya.. tadi ada orang melayu beli arak, u takdak larang ka?

Pekerja1: Apasal u tanya ada apa hal? (secara kasar dia balas)

Mc: Aku tanya, itu budak melayu beli arak, kenapa u bagi?

Pekerja2: Sukahati la, u apa peduli, kenapa u polis ka? (bangla kedua menyampuk)

Mc: Sana ada tulis orang Islam tak boleh beli arak, tapi kenapa u bagi jugak, aku mau report sama haji (Jabatan Agama Islam Selangor).

Pekerja1 : Hey! pirigi la, jangan buat kaco sini. kalau mau report pirigi la. Bos saya tada takut puya, itu haji pun tadak nampak.

Pekerja2: Gila puya orang!

Mc: Babi, Sial punya bangla bodo! (aku terus blah sebab panas aku dah tahap nak meletup) sambil orang ramai memandang aku dengan penuh tanda tanya.
Sambil jalan ke motor, aku sumpah aku tak pergi lagi kedai tadi. Sial betul bangla, berlagak!



Pas Selangor memberi jaminan bahawa tiada minuman keras dijual di kawasan orang Melayu Islam, tapi hakikatnya bersepah kedai 24jam yang menjual minuman keras di kawasan orang Melayu Islam. Apa dah jadi ni. Mengikut dua situasi terbabit, nampak sangat, penguatkuasaan atas pembelian arak hanyalah janji-janji kosong.

Adakah kata-kata dan janji-janji tadi hanya untuk menutup tembelang Pas Selangor yang pecah disebabkan Dap? Atau Pas memang sudah berubah hingga sanggup menghalalkan penjualan arak di kawasan orang Melayu Islam.

Adakah ini perjuangan menegakkan Syiar Islam yang dilaung-laungkan oleh ulama dan ustaz Pas? Fikir-fikirkan lah..



MctHeory Huk Aloh.. Pas sekarangkan dan join sekular, meraka sekarang dan TAKEBEER! bukan lagi TAKKBIRR!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!