Pages
▼
Rabu, 6 Januari 2010
BERITA: KDN berjaya tangguh guna nama Allah
Satu berita yang baru diterima oleh Mahkamah Tinggi, mengenai rayuan KDN berkenaan penggunaan Kalimah Allah oleh majalah Katolik Herald. Baca dibawah!
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangguhkan keputusan membenarkan mingguan Katholik - Herald - menggunakan kalimah Allah.
Hakim Lau Bee Lan membenarkan permohonan tersebut sementara menunggu perbicaraan rayuan KDN terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Khamis lalu.
Peguam bagi pihak mingguan berkenaan tidak membantah permohonan tersebut atas kepentingan nasional.
Permohonan tersebut didengar dalam kamar hakim. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili KDN manakala Derek Fernandez dan Benjamin Dawson mewakili Herald
"Kami membuat permohonan dan peguam yang mewakili Gereja Katholik bersetuju dengan penangguhan tersebut, atas kepentingan nasional," kata Abdul Gani.
Fernandez bersetuju bahawa pihak gereja bersetuju dengan pemohonan peguam negara itu.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai hendaklah berhenti daripada terus membuat komen mengenai keputusan berkenaan.
Sementara itu, Hakim Lau juga menolak permohonan enam Majlis Agama Islam dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Magma) untuk berhujah dalam permohonan KDN itu.
Enam Majlis Agama Islam itu adalah dari Wilayah Persekutuan, Selangor, Kedah, Terengganu, Melaka dan Johor
Dalam perbicaraan sebelum ini, Hakim Lau telahpun menolak permohonan mereka untuk menjadi pencelah dalam kes berkenaan.
Enam majlis tersebut dan Magma juga turut memfailkan ratyuan terhadap keputusan Hakim Lau menolak permohonan mereka menjadi pencelah serta keputusannya yang memihak kepada Herald - Malaysiakini
MctHeory: Ini adalah satu berita gembira untuk seluruh umat Islam di Malaysia. Satu petanda baik! Kita nak Herald Catholic dan agama lain diharamkan terus dari menggunakan kalimah Allah. Kiita harapkan kerajaan Malaysia mengubal undang-undang bagi menjaga kesucian agama Islam terus terpelihara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!