Pages

Selasa, 5 Januari 2010

ISU: Hadi Awang "Elak Salah Guna Kalimah Allah" Bagi pemimpin Pas yang lain, Apa cerita?



Kita semua tahu Presiden Pas telah mengeluarkan kenyataa mediannya dan dibacakan oleh Idris Ahmad (Ketua Penerangan Pas), Tapi kenyataan ini bukanlah mewakili semua individi dalam parti Pas, kerana seperti yang kita tahu bahawa sesetengah erdogan Pas bersetuju bahawa majalah Herald boleh menggunakan kalimah Allah.

Baca kenyataan Hadi Di bawah.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

YB Datuk Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS



Seperti yang kita jangka, Pas akan membohong lagi dalam perkara ini. Kenyataan akhbar ini bukanlah datang dari sepenuhnya kepimpinan Pas. N.ajis lain cerita kejap sokong kejap tidak, Hadi lain pula cerita, Khalid gereja lain dan semuanya lain-lain dan ada juga yang taknak campur tangan dan berdiam diri sahaja.

Sebagai Umat Islam di Malaysia. Aku sendiri makin keliru dengan pendirian Pas sebenarnya. Apakah tujuan parti Pas ditubuhkan? Apa perjuangan mereka? Apa motif perjuangan mereka? Adakah mereka-mereka ini cuma ditubuhkan hanya untuk mencari salah UMNO, atau sekadar menjadi barua DAP dan PKR.

Pas juga tidak serius dalam isu penggunaan kalimah Allah. tidak seperti mereka memperjuangkan isu 'I.S,A' atau isu politik yang lain. Adakah kerana isu ini tidak mempunyai kepentingan politik kepada mereka? hanya mereka yang tahu. Sebagai rakyat Malaysia, isu ini telah menunjukkan rupa paras Pas yang sebenarnya. Aku harap anda semua tahu, yang mana intan yang mana kaca. Mana yang untuk Agama, bangsa dan negara, mana yang untuk politik, wang dan kuasa.

MctHeory: Anwar berahim, diam diri. Hilang entah kemana. Dia ni langsung tak guna.

5 ulasan:

  1. Bro

    memang dah tau pas nih dah belaja dengan nuwar, menjadi sesumpah yang agak berjaya.

    BalasPadam
  2. Tuan meninggal pesan di Penyair Dari Gunung sudah dilaksanakan jawabnya di sana. Silakan. Tetapi minat biasa tuan spt hamba nampak disini dapat diikuti di tokjanggutkeramat.

    BalasPadam
  3. mereka semua ini adalah pelacur agama dan politik. inilah jadinya.

    selamat datang kedunia maya. salam ziarah

    BalasPadam
  4. mu org ni taksub sgt,bodoh banggang.. biar lantak dia org lh nk bikin apa,kita yg masih hidup ni,truskn,jgn sokong sapa2,bodoh betul lh ko org ni,bgus kita fikir mcm mana nk brjaya,nk jd kaya.. betul x..? mmng betul lh bodoh..!!!!!

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!