Pages

Jumaat, 8 Januari 2010

EDISI SIASAT: SIAPA DALANG BAKAR GEREJA?!



Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan kebakaran dua gereja satu di Desa Melawati, Kuala Lumpur dan satu lagi di Jalan Templer, Petaling Jaya akibat perbuatan khianat manakala satu lagi juga di Petaling Jaya menerima ugutan.

Akibat perbuatan khianat tersebut bantahan secara aman diadakan di Masjid Negara di ibu kota selepas solat Jumaat hari ini, malah sekumpulan 83 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul di situ mengutuk kejadian bakar gereja yang berlaku awal hari ini.

Mereka membantah pencerobohan itu dan menyifatkan tindakan itu akan mengeruhkan lagi keadaan .Disamping itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membakar rumah ibadat adalah seperti perbuatan yang tidak menghormati isi kandungan ajaran agama mereka sendiri.

Sambil membidas kejadian membakar dua buah gereja di Lembah Klang awal pagi ini, Rais
menegaskan bahawa pihak-pihak ekstrem seperti itu sepatutnya tidak dibenarkan wujud dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Beliau berkata ia juga bertentangan dengan ajaran Allah yang menyuruh supaya umatnya membuat kebaikan, berharmoni dan menghormati antara satu sama lain. "Semua masyarakat tidak merestuinya," katanya lagi.

Mengulas hal yang sama, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini juga mengutuk perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab menyerang gereja dan mengarahkan polis meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, beliau memandang berat insiden tersebut di mana menurutnya membabitkan dua insiden kebakaran gereja dan satu lagi menerima ugutan.

Menurut Najib, perbuatan seperti itu boleh menghancurkan keharmonian yang wujud di negara ini.

"Saya mengutuk tindakan yang telah dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana ini akan menghancurkan keharmonian dalam negara kita.

"Keadaan di mana wujud kepelbagaian agama sebagai satu amalan hidup... kita hormat menghormati antara satu sama lain... (ia) tidak boleh digugat oleh sesiapa," katanya

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengambil apa jua tindakan bagi mencegah perbuatan sedemikian.

Katanya, beliau telah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat .- sumber bernama.

MctHeory: Sepatutnya perkara sebegina tidak patut di Malaysia. Negara yang aman dan majmuk. Aku difahamkan bahawa ada pihak yang cuba membuat provokasi dengan niat jahat yang tertentu.

Ada juga pihak yang cuba menunding jari kepada UMNO. Untuk makluman pembaca semua, UMNO telah mengetuai dalam perjuangan isu 'kalimah Allah' adalah sesuatu yang amatlah bodohnya jika UMNO yang merancang membakar gereja, langsung tidak masuk akal. Tidak mungkin NGO Melayu Islam kerana mereka juga membantah pembakaran gereja?. Adakah Pas? Mungkin tidak kerana Pas tidak akan curang dengan Dap (bini haramnya).

Perbuatan sebegini hanyalah akan mencemar maruah orang Islam di Malaysia. Ini perbuatan orang yang khianat, orang yang cuba nak memusnahkan keharmonian di Malaysia. Hanya seorang manusia yang amat pakar dalam perbuatan jahat sebegini.

Siapa yang cuba menghuru-harakan Malaysia sejak kemunculannya. Siapa yang mastermind kewujudan Hindraf? Siapa yang cuba melaga-lagakan kaum Melayu dan kaum-kaum lain di Malaysia, kononya memperjuangkan kesemarataan. Siapa yang membuatkan Dap menjadi tuan kepada Pas hingga berani menghina Islam dan ketuanan Melayu? Siapa yang menyokong Malaysia menjadi republik? Siapa yang akan menghadapi kes mahkamah yang besar selepas ini? dan siapa yang paling untung jika Malaysia kacau bilau?

Aku pasti anda semua tahu jawapannya, orang ini bapa segala kejahatan. Iaitu B. A. B. I. sendiri mau ingat la. .

8 ulasan:

  1. TK MCtheory hamba bari faham ripa rupanya yang namanya ABI itu ada B dihadapannya. Memang pun perangainya begitu. Suka pada najis. Kesah di atas bahtera Nabi Noh sewaktu banjir besar itu. Khabarnya banyak najis dari binatang binatang di atas bahtera itu. Maka Tuhan telah jadikan babi yang memakan najis binatang binatang itu. Dan sehingga hari ini pun babi itu seka kepada najis. Termasuklah babi itu kot.

    BalasPadam
  2. ya betul wahai sahabat ku, tekaan anda amat tepat!

    BalasPadam
  3. Sebenarnya Mct membuka perspektif cukup menarik. Cuba kita bentang satu soalan dan turuti kemungkinan kemungkinannya.

    Soalannya ialah adakah mana mana pihak yang paling untung kalau suasana tiba tiba menjadi kecoh dan huru hara tercetus. Apa seterusnya akan berlaku.

    Selepas itu apakah penyelesaian akhir yang akan terjadi. Pertukaran sistem. Kes kes di Mahkamah yang ada hari ini yang sudah nampak sukar bagi pihak terlibat terlepas. Fikir fikirkanlah.

    Maka marilah kita fikirkan pihak mana yang besar kemungkinannya yang akan bijak merancang sesuatu yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram itu.

    Keadaan sekarang telah menampakkan pihak polis telah berada dalam keadaan berjaga berjaga untuk menangkap dan mendedahkan mereka yang cuba mencari jalan khianat itu.

    Inshaallah dan Alhamdulillah.

    BalasPadam
  4. B. A. B. I. = Brother Anuwar Bin Ibrahim

    BalasPadam
  5. Bro C L J

    Kalau la polis dapat tangkap! alhamdullilah. . Malaysia kembali aman sejahtera. .

    BalasPadam
  6. nate ameno babi tuh!

    BalasPadam
  7. Salam bro, ingin dinyatakan di sini, kawan agak keliru dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja merancang untuk mengambil kesempatan politik dengan isu ini dan selepas itu tuduh UMNO punya angkara.......

    Kawan bukan hendak menuduh mana-mana pihak....

    Tetapi, semua sudah maklum, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, memandangkan kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain agama.

    Golongan ini menyedari masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan mereka, adalah tidak mustahil isu kalimah 'Allah' dan diekori pembakaran gereja sengaja dirancang untuk menaikkan rasa benci penganut-penganut bukan Islam kepada Kerajaan BN.........

    Semua pihak perlu berhati-hati disebalik agenda jahat dan licik 'pemikir yahudi' ini.....

    BalasPadam
  8. SLM BRO..BAK KATA ORG TUA2..LEMPAR BATU SEMUNYI TGN. ADE LA PENYANGAK2 YG NK AMIK KESEMPATAN. ADE YG TAKUT MENGIGIL SBB MASA DIA DH HAMPIR TAMAT HUHUHU

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!