Kepada semua ahli-ahli UMNO yang membaca blog aku ini, aku cuma nak beritahu untuk mengingatkan, bahawa sekarang UMNO Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan sedang melakukan semakan semula ahli, maksudnya mengenal pasti ahli yang dah meninggal, keluar parti, berpindah, atau sudah lama tak aktif lebih daripada 3tahun tak salah aku la.
Aku cuma mendapat tahu dari rakan-rakan yang bekerja disana. Pada ahli-ahli UMNO yang berpindah rumah, sila tukar cawangan anda kepada cawangan baru. Pergi ke bahagian yang terdekat, minta borang tukar, photostat ic dua keping, isi dan hantar.
Untuk ahli-ahli UMNO yang hidup segan mati takmau, jika anda berminat lagi untuk bersama UMNO pergila jeguk-jeguk cawangan dikawasan anda, takkan nak tunggu Ajk atau setiausaha cawangan ketuk pintu rumah kot. Bertanggung jawab la sikit!.
Aku percaya sekarang UMNO terutamanya Pemuda dan Puteri (Wanita, belum dengar) sudah memulakan aktiviti menjelajah keserata negeri, terutama sekali negeri yang berada ditangan Pakatan Haram.
Jika terpandang Kain-kain rentang, berwarna merah, merah putih atau merah jambu. Tengok-tengokla sikit. Mungkin ada majlis permuafakatan antara ahli-ahli UMNO ditempat anda.
Kalau sayang pada parti, sila tunjukkannya, turun ke majlis permuafakatan, jangan hanya pandai bercakap atau berani dalam blog sahaja. Kenapa orang selalu cakap ahli UMNO suka makan duit? sebab ahli UMNO pemalas! Kalau untuk parti mesti mau habuan. Kalau tak, lambat la.
Pada ahli UMNO yang menganggap UMNO sebagai parti cari makan, hentikanlah. Bawak-bawakla berubah. Kalau tak boleh berubah, telefon UMNO Pusat atau Bahagian, beritahu nombor i.c cakap je nak keluar parti. Ada pun buat semak je.(UMNO tak perlu orang-orang macam ni)
Jika sayangkan parti sila berubah, ada aktiviti turun sekali, sertai bersama, bukan kena bayar pun. Untuk mengeratkan silatulrahim sesama ahli setempat.
MctHeory: Berubah sebelum kita kena ubah, apa orang cakap? Berani Berubah!
PAWER RANJES BRO!! HUHUHU..SAPE2 YG TETELAN CILI BERAPI TU PHM2 AJE LERRRR KEHKEHKEH
BalasPadam