Pages
▼
Isnin, 18 Januari 2010
ISU: MAHFUZ PAS PERTIKAI PERUNTUKKAN UMNO JUARA RAKYAT!
Ini adalah berita yang Mc dapat dari Utusan. Berita ini menjawab banyak pertanyaan dari soalan Pas mengenai peruntukan segala program UMNO selama ini. Pas biasanya menuduh UMNO mengunakan wang kerajaan atau wang rakyat UMNO menjalankan segala programnya, seperti biasa kerja salak menyalak Pas diserahkan kepada badut rasminya. iaitu Mahfuz Omar. Ahmad Maslan menerangkannya dalam berita dibawah.
PONTIAN 17 Jan. – Pas tidak berhak mempertikaikan jumlah peruntukan yang digunakan UMNO pada majlis pelancaran program Juara Rakyat baru-baru ini dan juga siri kempen program itu pada masa akan datang.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti itu tidak perlu tampil membuat penjelasan kerana keseluruhan program itu dibiayai dengan sumber kewangannya sendiri.
“Saya hendak maklum program pelancaran itu kita guna wang UMNO dan Pas tidak boleh mempertikai berapa banyak kita hendak guna kerana itu semua terpulang pada UMNO.
“Pas juga tidak ada hak hendak tanya berapa banyak jumlah peruntukan program itu di bahagian-bahagian nanti kerana kita masih menggunakan wang parti.
“UMNO Pusat akan memberi sedikit peruntukan kepada bahagian untuk mengadakan program Juara Rakyat dan selebihnya terpulang kepada kebijaksanaan bahagian untuk mendapat peruntukan tambahan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian bantuan kepada pelajar-pelajar miskin sempena program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Pontian di sini hari ini.
Turut berlangsung pada program itu pertandingan memancing GP Joran Bagus 2010.
Ahmad mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang meminta UMNO menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor, Selangor hujung minggu lalu.
Mahfuz berkata, penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti UMNO.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempertikaikan peruntukan berjumlah RM15.6 juta yang diumumkan Najib pada pelancaran program itu bagi membaiki pangsapuri di sekitar Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, menjadi hak Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO untuk mengumumkan apa jua peruntukan pada bila-bila masa.
“Beliau hendak umum sewaktu buat lawatan ke, masa Perhimpunan Agung UMNO ke, dalam majlis Barisan Nasional ke, di Pejabat Perdana Menteri ke, itu terpulang kepada beliau kerana beliau ialah Perdana Menteri.
“Kerajaan Malaysia adalah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri ialah Pengerusi BN.
“Perdana Menteri tidak boleh memisahkan dirinya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN walau di mana beliau berada ketika membuat apa jua pengumuman,” katanya- utusan
MctHeory:
Segala aktiviti UMNO adalah dari duit poket UMNO sendiri. Tiada kena mengena dengan Kerajaan. Mahfuz!! hang ni dok sebuk pa.. pi tanya Nik Aziz nuu.. dia lagi dok pakai duit kelantan. Kelantan nak bangkup dah nuu..
Apa ni Dato'. Yang Dato' dok pi sua tengkok buat apa.
BalasPadamDepa nak belanja banyak mana pun biaq pilah kat depa. Depa ada duit.
Kan Dato' dah kena
"penampaq sulong" depa. Kami pun rasa pedih. Bedesiu.
Kan lebih baik Dato' mai jenguk-jenguk kami di Pokok Sena lebih
kerap. Ada juga faedahnya.
Biaq pilah UMNO nak buat apa pun.Kita jaga hak kita. Tak gitu Dato'.
SLM BRO..ALA SI MAMPUZ TU SAJE NAK BIKIN SHOW TEPI JLN. TU LE ORG TUA2 ADE KATE "KATE DULANG PAKU SERPIH..SENDIRI BERHUTANG LAGI NAK BERDALIH" KEHKEHKEH
BalasPadamumno/BN buat kerja untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyat...umno tidak pernah mengutip derma dari rakyat yg hadir dimana juga keramaian serta keraian yg di adakan...bukan spt pas menghulurkan kotak derma kpd semua rakyat yg datang supaya menderma...dah berapa banyak duit rakyat sudah ditipu,malah ada yg bergolok bergadai oleh kerana termakan hasutan oleh pemimpin2 ulamak pas yg konon mengatakan derma kalian adalah satu jihad kejalan ALLAH....kemanakah mengalirnya duit kutipan dari rakyat....apakah dgn duit kutipan derma itu utk ulamak2 ,penceramah2 bayar hotel,makan minum, isi minyak kereta,buat bayaran hutang kereta dibank dan juga perbelanjaan anak bini, bini no i bini no 2 dan bini2222....PAS juara tipu duit rakyat.....jgn persoal peruntukan umno juara rakyat!!!!
BalasPadamdalam banyak-banyak MT PAS ni Mafus lah paling tak ada akal,komen ikut mulut saja.Nak komen tu buat kajian sikit,bukan pakai hamtam saja....memalukan diri sendiri saja..
BalasPadam