UMNO AKHIR SEBUAH IMPIAN- Merupakan tajuk buku hasil tulisan Allahyarham Mohamed Rahmat (Tok Mat) bekas menteri penerangan yang memang kita segani.
Mc sempat membaca hasil penulisan Tok Mat. Ini adalah pendapat bagi diri Mc sendiri. Bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang politik atau yang ingin mengetahui 'sepak terajang' dalam politik, wajib beli buku Tok Mat ni.
Ini adalah buku Tok Mat yang pertama dan terakhir. Secara rumusnya Tok Mat menceritakan pengalaman politiknya dari mula beliau melangkah masuk kedalam UMNO, hinggalah beliau disingkirkan dari jawatan menteri.
Cemas, suka, duka, sedih dan berbagai gambaran yang akan timbul semasa anda baca buku tersebut. Kesetiaan Tok Mat kepada Tun Dr Mahathir memang tidak dapat ditolak bandingnya.
Tok Mat juga menceritakan pengalamannya sewaktu UMNO di ambang pepecahan, pengharaman UMNO, pengaduhan antara kaum dan bagaimana nasibnya menjadi menteri penerangan.
Mc memang terharu baca buku ni, cara Tok Mat olah ayatnya seumpama kita berada ditempatnya. Semasa kejadian perebutan kuasa antara Dr Mahathir dan Ku Li. Beliau mencerita betapa kelam kabutnya situasi yang berlaku. Memang best!
Pengalamannya yang hampir ditangkap ISA kerana dikatakan menghasut, disiasat oleh BPR sekarang SPRM, diberi tugas mempopularkan Dr Mahathir kembali selepas UMNO kena haram dan membawa UMNO masuk ke Sabah mengantikan PBS dan USNO (United Sabah Nasional Organization) sekaligus memegang kuasa politik disana. Semuanya Tok Mat ceritakan.
Tok Mat juga memberi komen mengenai politik semasa sekarang dan banyak lagi. Tak rugi bagi yang minat membaca kisah politik beli buku ni. Orang UMNO harus beli!
MctHeory:
Mc cuma nak berkongsi dengan pembaca, bahawa buku ni bagus. Tak rugi beli!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!