Pages
▼
Rabu, 24 Februari 2010
DEBAT ISU MELAYU PULAU PINANG: MANA GUAN ENG?
Baca keretan petikan dari Bernama ni, petikan Ketua-ketua pemuda pakatan pembangkang yang mengajak pemuda UMNO dan NGO melayu bagi berdebat tentang isu Melayu Pulau Pinang. Mungkin mereka hendak buktikan bahawa mereka dipihak yang benar dan mereka hebat sehingga berani berdepan untuk berdebat.
PULAU PINANG, 22 Feb - Pergerakan Pemuda dari parti-parti pakatan pembangkang di negeri ini mempelawa Pergerakan Pemuda Umno dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan orang Melayu untuk menyertai debat terbuka anjuran mereka pada 7 Mac ini.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Yeoh Soon Hin berkata, debat yang bertemakan 'Isu Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran ' itu bertujuan memberi penjelasan mengenai pelbagai isu berkaitan orang Melayu dan umat Islam di negeri tersebut.
"Kita mahu berdebat secara terbuka dengan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan kita menghantar surat jemputan kepada mereka mulai hari ini,"katanya kepada pemberita, di sini Isnin- sambung baca Disini
Ini pula jawapan daripada Pemuda UMNO Pulau Pinang,
BUTTERWORTH, 22 Feb (Bernama) -- Pemuda Umno Pulau Pinang hari Isnin menolak pelawaan untuk menyertai debat terbuka anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada 7 Mac ini.
Ketuanya Norman Zahalan berkata Pemuda Umno negeri hanya akan berdebat dengan Lim Guan Eng kerana hanya Ketua Menteri Pulau Pinang itu dapat membuat keputusan dan menjawab segala persoalan yang bakal dikemukakan.
"Kita mahu tahu apa perancangan Lim untuk orang Melayu Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Norman berkata pihaknya menerima surat jemputan mengenai debat itu pagi ini.
Dalam satu sidang akhbar pagi ini, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Yeoh Soon Hin mempelawa Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyertai debat yang akan diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya. - Disini
Mungkin selepas ini ada pihak pembangkang akan kata Pemuda UMNO penakut, Pemuda UMNO bacul atau pelbagai lagi gelaran. Biasa la, itu memang adat pembangkang. Hakikat sebenarnya, isu melayu di Pulau Pinang hanya boleh diselesaikan oleh Ketua Menterinya sahaja. Segala keputusan dibuat atas keizinan LGE. Jadi apa perlunya Pemuda UMNO bertikam lidah dengan puak-puak pemuda bawahan ni.
Pemuda pembangkang, mencabar Pemuda UMNO berdebat, hanya untuk menunjukkan belang mereka. Bukannya niat untuk membela nasib Melayu. Tak perlu berdebat untuk membela nasib melayu. Berdebat bukannya dapat menyeleasaikan masalah. Kalau betul-betul nak berdebat, sila bawak turun Guan Eng sekali. Hanya dia yang boleh menyatakan segalanya, cakap dia saja yang agak laku. Kalau dia berani la.
Kebiasaan pembangkang, bila tidak dapat selesaikan masalah. Pasti diajaknya berdebat sana, berdebat sini. Ini semua modal nak jadi hero. Nak tutup pekung di dada sendiri. Kalau betul nak jadi hero, jadi lah hero kepada rakyat. Bukannya hero perosak rakyat.
MctHeory:
LGE ada tulur ka? ada berani ka?
Lge mana? tengah lap kasut lee kuan yew beb
BalasPadam