Pages
▼
Rabu, 24 Februari 2010
PEMBANGKANG HARUS TUKAR KETUA!
Mc paparkan petikan berita dari Utusan, Mc percaya bahawa penyokong pakatan haram mana baca utusan. Mc pilih aktikel ni disebabkan tertarik dengan pendapat seorang pensyarah, bahawa tempat anwar sebagai ketua pembangkang di parlimen patut digantikan oleh Hadi atau Kit Siang ekoran pertuduhan kes liwatnya dimahkamah.
Memang sepatutnya pakatan haram buat begitu, ini kerana anwar sebagai ketua pakatan pembangkang sekarang menghadapi kes liwat, telah memburukkan imej pakatan pembangkang itu sendiri. Untuk butiran lanjut baca dibawah.
KUALA LUMPUR Feb - Para pemimpin pembangkang perlu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen ekoran pertuduhan liwat yang dihadapinya.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, perkara itu perlu kerana Anwar memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara.
Katanya, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.
Justeru katanya, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.
''Dalam sistem demokrasi berparlimen, seseorang pemimpin yang menghadapi pertuduhan mahkamah sama ada daripada kerajaan atau pembangkang perlu melepaskan jawatan demi menghormati ahli-ahli parti dan masyarakat secara amnya.
''Jadi, pemimpin pakatan pembangkang perlu segera menukarkan Anwar dengan Abdul Hadi atau Kit Siang bagi mengetuai mereka di Parlimen demi memelihara 'kesucian' dewan perundangan negara kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, pakatan pembangkang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil satu sidang khas Dewan Rakyat bagi mengusulkan pengguguran dakwaan kes liwat Anwar tetapi ia ditolak Perdana Menteri.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Pensyarah Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata, walaupun tiada gesaan untuk Anwar melepaskan jawatan itu di Parlimen, ia dilihat memberi banyak manfaat kepada pakatan pembangkang.
''Sekiranya Anwar diganti oleh Hadi atau Kit Siang, kedua-dua mereka ini boleh menumpukan sepenuh masa kepada perjalanan Dewan rakyat, berbeza dengan Anwar yang perlu banyak masa mempersiapkan dirinya menjalani prosiding mahkamah.- Sambung Baca di Utusan Online
Tak kisahla walau anwar atau para pembangkang menganggap isu ini sebagai konspirasi UMNO, tapi hakikatnya ramai dikalangan rakyat Malaysia yang memandang serius serta mahu mengetahui kes liwat dan cerita sebenar tentang tingkah laku songsang anwar. Pakatan Haram patut menimbang cadangan ini demi imej mereka.
MctHeory:
Lainlah..kalau Pakatan Haram, tak kisah bahawa ketua mereka ni seorang peliwat tegar! heh!
BAGI PR ANWAR NI HERO MEREKA YANG PALING BAGUS. SIAPA LAGI NAK BOLEH GANTI ANWAR? MANA ADA ORANG YANG LAYAK!
BalasPadamTak ada ketua pembangkang pun tak per..buang beras dan banyak kan taik jer.
BalasPadamUMNO/BN boleh la tidur dengan lebih nyenyak. Langit runtuh pun buat tak tau jer..