Pages

Rabu, 23 Februari 2011

KES LIWAT!! ANWAR ADA HARAPAN MENANG?? BERBALOI U.S DUIT BAYAR UPAH PAKAR AUSTRALIA!!

lama tak nampak logo ni!!


Hari ini, sebelah pagi perbicaraan bersambung dengan sungguh hangat dan sangat menarik. Kepada mereka yang tak berapa pandai (kelas Sastera) waktu SPM; memang susah sikit la nak faham dengan beberapa istilah saintifik yang tercatat di sepanjang tempoh perbicaraan. Macam-macam terma. Boleh tergeliat lidah dibuatnya.

Pagi tadi, Anwar membisikkan sesuatu kepada Rosli Ibrahim, menyatakan betapa dia puas hati dengan prestasi pakar DNA dari Australia. Anwar merasakan dia sudah mendapat beberapa advantage dengan soalan-soalan yang dibentangkan oleh pakar DNA. Anwar ada berasa lega sedikit, disebabkan soalan-soalan yang ditanyakan oleh RamKarpal memang bantu membuat mana-mana pakar sekalipun pening kepala. Apa yang pasti, kalangan pakar DNA daripada HKL memang tidak diberikan latihan apa-apa sekalipun dalam membentangkan kes masing-masing. Kita boleh nampak, dalam ketika tertentu, pakar DNA HKL pun pening kepala nak jawab soalan RamKarpal.

Kalau minggu lalu, banyak soalan ditanyakan tentang alat dan software yang digunapakai oleh Pakar HKL. RamKarpal bertanya banyak soalan. Antaranya, yang boleh kita petik adalah apabila Ram bertanya tentang penggunaan electropherogram dalam mengasingkan data mengenai DNA. Dr Seah jawab dengan tenang:-


It is a combination of a system which separate and detect the DNA fragment and there is a software called Gene Mapper which is stored in genetic analyzer and that converts the signals into digitize forms and the Gene Mapper uses a leather, a DNA fragment of non-sizes, called an allele- leather. It acts as measuring tape, where the sizes of DNA fragment of DNA types are being size and the results are being depicted in the peaks form. It was presented together with this report.


Ok, nampaknya jawapan pakar daripada HKL masih lagi memenuhi tuntutan pakar antarabangsa yang dibariskan Anwar. Anwar dan pakar Australia tak tinggalkan satu pun perkara yang tidak dibangkitkan. Sampaikan ‘kredibilit makmal kerajaan’ juga dipersoalkan. Ada ISO atau tidak? Ada sijil atau tidak. Semuanya ada dan lengkap.


Yang dijadikan isu, kononnya ada DNA 8 orang lain di dubur dan seluar dalam Saiful memang menghangatkan suasana. 8 orang tu! Bukan seorang dua. Siapa 8 orang tersebut? Ini sudah tahap ada parti seks. Soal utama jangan dilupa: Anwar terlibat atau tidak? Kalau ikut DNA…ada. Ini tidak boleh disangkal.

Hari ini, Dr Seah mengakui – adalah lebih elok untuk mendapatkan contoh spesimen lebih awal; dan tidak menunggu lama. Ini pun boleh jadi dan beri masalah kepada pakar nanti. Tapi, kita jangan buat kesimpulan terus – kena tunggu sehingga ke akhir.



Kak Wan terus buat kesimpulan bahawa Dr Seah telah membuat kesilapan kerana gagal menyediakan spesimen dalam keadaan yang cepat dan baik? Kak Wan? Kenapa tak minta pakar DNA yang buat kenyataan – barulah ada kredibiliti. Kak Wan sudah terlalu emosional, sampaikan dia sendiri tak mampu nak tahan emosi daripada terus bercakap kepada media.


 Yang pasti, suasana di mahkamah semakin menarik. Banyak pembentangan dan data yang sangat direct dan saintifik. Kita kena rajin membaca; bagi menentukan agaknya di mana arah kebenaran kes ini. Anwar makin mudah senyum – puas hati dengan prestasi panel guaman dan pakar DNA. Anwar yakin kali ini, dia mampu menangani kes dengan baik.

Gelagat Anwar

P/s: susah juga nak faham kes kali ni..

Mctheory:
Anwar tu dok tersengih-sengih tah dia faham ka dak tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!