Pages
▼
Rabu, 23 Februari 2011
PRK KERDAU!! CALON BN, CALON TERBAIK!!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau tidak terlalu yakin dan memandang remeh kekuatan parti lawan walaupun Syed Ibrahim ialah calon BN yang terbaik.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, seluruh jentera perlu bekerja keras sekalipun DUN berkenaan dilihat sebagai kubu kuat BN dengan lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada kalangan anggota UMNO.
“Kita tidak mahu terlalu yakin dan takbur, walaupun keadaan semuanya baik.
“Kita juga perlu ingat bahawa pengundi adalah raja dan mereka yang tentukan sama ada menyokong atau tidak dan waktu inilah kita mesti menunjukkan kemesraan, keprihatinan, kesediaan untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah,” katanya
Calon BN Terbaik
‘Inilah calon yang terbaik, calon yang diterima semua, calon ini banyak pengalaman dan calon yang disebut `the most winnable candidate’,” Kata Muhyiddin.
Menurutnya, calon yang dipilih bukan sahaja untuk memastikan kemenangan tetapi mampu memberi kejayaan yang cemerlang dan sudah pun melalui proses saringan dalam menentukan beliau sebagai calon yang terbaik.
Beliau yakin pengundi BN di Dun Kerdau akan menerima baik calon yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mampu memperolehi keputusan yang lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008.
“Saya yakin dengan Pengarah BN kali ini, Datuk Seri Adnan Yaakob (Menteri Besar Pahang) dapat melakukan tugas yang baik dan tidak akan timbul sebarang masalah dan dapat menyatukan semua petugas dalam memastikan kejayaan kita.
Politik Harian
Mctheory:
Macam dok kata, BN Insyallah dah tentu menang, Pas dah confirm kalah!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!