Pages

Rabu, 2 Mac 2011

HANGAT!! APABILA AH LONG PULAK YANG REPORT POLIS!! Dunia sudah terbalik derr..


Ni Mc nak cerita, kisah benar yang terjadi kepada kawan Mc. Kita lari sikit dari cerita politik la ye. Ceritanya macam ni, kawan Mc ni pernah membuat pinjaman pada Ah long, mungkin disebabkan dia terdesak, dia sampai sanggup buat pinjaman. Dia tak tahu syarikat pinjaman berlesen yang dia pinjam tu disebaliknya diuruskan oleh Ah long. Dia pun pinjam.

Dia pinjam rm5000, dapat cuma rm4800, bulan-bulan kena bayar rm800 sebulan. Mula-mula perjanjian, kena bayar hanya sepuluh bulan. Bila dah dekat sepuluh bulan, call tanya syarikat terbabit, hutangnya masih ada dalam rm2000 lebih. Takpe, dia pun teruskan bayar, ok lagi, dia tak syak apa-apa. Lagi pun si Ah long tu pegang kad bank dia, dia cuma sabar je la.

Bila dah 1 tahun setengah, dia call lagi tanya, Ah long tu cakap, hutangnya masih ada rm1300. Dia pun tekanan, takpa, sabar lagi, teruskan bayar, dia taknak cari pasal. Cukup dua tahun, dia call lagi dan hutangnya masih belum langsai juga. Kali ni dia tekad, dua tahun bayar rm800, 800 didarabkan dengan 24 bulan agaknya berapa ya? rm19200!! dia cuma pinjam rm5000, dah bayar rm19200, dan masih lagi hutangnya belum langsai.

Nak tahu apa tindakannya? Dia call Ah long tu, mintak pinjam lagi rm1500. Nak tahu kenapa?

Dia off handphone, tukar kad bank dan tukar kerja. Lama juga Ah long tu tak dapat nak kesan si kawan Mc ni. Selepas 3 bulan, hidupnya kembali sengsara, apabila Ah long tu dapat menghubungi saudaranya dan mengugut. Saudaranya takut dan terpaksa beri nombor telefon salah seorang ahli keluarga pada kawan Mc tu.

Ah long tu mengunakan ugutan dan siasatan dengan menghantar orang untuk mencari dimana kawan Mc berada sekarang. Keluarga dia kena ugut, hinggakan kawan Mc ni mengadu pada Mc dan Mc bawa dia pergi jumpa dengan PDRM. Minta nasihat dan tunjuk ajar, dia dah mengadu pada salah seorang Inspektor dan Inspektor tu pun dah kasi 'warning' pada ketua konco-konco Ah long yang menganggu diri kawan Mc dan keluarganya.

Hidupnya tenang seketika..

Kini, ah long terbabit muncul lagi, dengan versi baru. Ah long terbabit nak gunakan kuasa undang-undang untuk ambil tindakan kepada kawan Mc ni. Ah long tu buat report polis dengan mengatakan kawan Mc ni bawak lari duit dia. Malah hutangnya tiba-tiba dah bertambah, dari rm1500 kini sudah rm6000. .aduhh..

Semalam polis sudah menghubunginya, tapi dia tak jawab panggilan, dia masih blur memikirkan nasibnya.. Dia datang jumpa Mc dan mengadu. Kali ni Mc pun blur juga tak tau nak buat apa. Mc pun bukan orang kaya, Mc kerja pun makan gaji. Mc kata kat dia, kita masuk mahkamah dan lawan balik. Itu pendapat Mc, apa pendapat anda?? tolong la bantu kawan Mc ni..

P/s: kesian nasibnya.. bertimpa-timpa masalah..

Mctheory:
Pada sesiapa yang sudi membantu kawan Mc ni, sila hubungi Mc di email atau di komen.. kerjasama anda amatlah dihargai..

19 ulasan:

  1. SAYA ADA SATU TEMAN YANG PERNAH DI-UGUT OLEH AH LONG KERANA LAMBAT BAYAR.

    JADI PADA SUATU HARI, TANPA DI-SEDARI AH LONG,DIA SENDIRI TELAH KERUMAH AH LONG DAN MENGUNCI PAGAR RUMAH AH LONG ITU DENGAN RANTAI YANG BESAR DAN 6 KUNCI BESAR.

    APABILA AH LONG DAPAT TAHU YANG DIA TELAH MELAKUKAN NYA, AH LONG ITU DATANG MENCARI DIA. KALI INI TANPA DI-SEDARI AH LONG ITU, TEMAN SAYA DAN BEBERAPA KAWAN TELAH SIAP MENUNGGU AH LONG.

    APABILA WAJAH AH LONG KELIHATAN MEREKA RAMAI RAMAI TELAH SERBU DAN MEMUKUL AH LONG ITU HINGGA PATAH KAKI TANGAN.

    BERANI CUBA....

    BalasPadam
  2. boleh bagi email saudara? Mungkin ada jalan nak ajar along bedebah ni. Terima kasih.

    BalasPadam
  3. aikk takde siapa ke yang sudi membantu?? bagusnya rakyat Malaysia sekarang.. hmm..

    BalasPadam
  4. Abu Said Al-Khudhri radhiyallahu ’anhu bertutur: “Pada suatu hari Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam masuk masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah radhiyallahu ’anhu sedang duduk di sana. Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di luar waktu sholat?” Ia menjawab: ”Aku bingung memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Maukah aku ajarkan kepadamu sebuah do’a yang apabila kau baca maka Allah ta’aala akan menghilangkan kebingunganmu dan melunasi hutangmu?” Ia menjawab: ”Tentu, wahai Rasulullah.” Beliau bersabda, ”Jika kau berada di waktu pagi maupun sore hari, bacalah do’a
    http://akhdian.net/2010/01/22/doa-saat-bingung-mengatasi-hutang/

    BalasPadam
  5. Kenapa dia tak nak sambut panggilan polis? sambut ja laa.. paling-paling pun polis tu nak panggil dia ke balai untuk ambil statement.. suruh laa dia story yang sebenar.. lepas polis dengar cerita dia, paling-paling pun polis akan keluarkan RTM (refer to majistret) ja.

    Saya cadangkan dia saman dulu syarikat kewangan tu terlebih dulu. Sure menang punya. Pastu bila dah menang majukan kepada Bank Negara, sure lesen syarikat kewangan tu kena batal punya.

    BalasPadam
  6. Jawab je panggilan polis tu dan pergi mahkamah dan bila bicara cakap dengan hakim apa yang terjadi dan kalau nak hukum, berilah hukuman dan rayu dengan mengatakan hanya mampu bayar sebulan rm 5 sahaja, saya rasa itu dapat mengajar ah long lintah darat nie semua. mintak hentikan interest dan bayar rm 5 sahaja sebulan, insyallah lungkup semua ah long lintah darat kat Malaysia ni dan buat laporan terus sekira nya ada kaki ah long ni datang kacau dan ugut. Minta KDN tolong, itu sahaja cara yang saya bolih fikirkan.

    BalasPadam
  7. Saya cadangkan pergi Biro Aduan Awam MCA atau UMNO. Depa ni boleh jadi orang tengah. Dah banyak kali saya tengok kes mcm mereka settlekan. Cubalah..

    BalasPadam
  8. SLM BRO..PERGHH KES NAYA NIH..APA PUN AKU STUJU CADANGAN ANON 1.52..PEGI ADU KAT BIRO BANTUAN MCA ATAU UMNO. MUNGKIN DIORANG ADA JLN PENYELESAIAN SBB MEREKA ADA PENGALAMAN. TAK CUBA KITA X TAU BROO

    BalasPadam
  9. Anon 9:43,

    email Mc, Mctheory@yahoo.com

    terima kasih pada semua komentar.. budi anda semua akan Mc hargai..

    BalasPadam
  10. macam ni je cara paling selamat nak selesai..
    1.telefon si ahlong tu ajak jumpa,tapi jangan lupa bawak saksi(Polis)
    2.Tanya ahlong tu macam mana nak seatle?

    kalo nak pakai cara kurang ajar lg senang
    1.kumpulkan kawan ramai2..
    2.call ahlong tu ajak jumpa
    3.pukul dia sampai dia mengaku dia ahlong..tapi u kena rakam apa yg dia mengaku
    4.pastikan dia mengaku dia xkan ganggu u lagi.
    5.dah selesai,u hantar dia ke hospital..selesai

    BalasPadam
  11. Masalah hutang ah long saya cuma 5000ringgit....saya xkeruan diganggu....boleh hubungi saya 0167757418

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hubungi MAP Maju Bersatu,
      https://www.facebook.com/mapmajubersatu/

      Padam
  12. Saya pun ada masalah 2 ahlong.sorang melayu sorang cina.ugut2 buat kacau dtg rumah.anak2 saya takut.saya pun tak tahu nk minta bantuan sapa.

    BalasPadam
  13. Kalau Ada masalah Macam Ni Berkaitan dengan Ah Long, MAP Maju Bersatu tempat paling sesuai nak buat pengaduan, Abang Dino Dan Pn Yati, Alamat di No 18-1, Tingkat 1, Jalan Sei Rejang 4, Sri Rampai, 53300 Setapak.
    Atau call no Ni 0123662127, (Pn Yati). Mereka boleh selesai kan.

    BalasPadam
  14. Ada badan NGO selain PPIM yang menguruskan Hal berkaitan dengan Ah Long Ni.
    www.facebook.com/mapmajubersatuenterprise

    BalasPadam
  15. Ada badan NGO selain PPIM yang Pakar dalam uruskan Hal-Hal begini.
    www.facebook.com/mapmajubersatuenterprise

    BalasPadam
  16. sape yang penah berurusan dengan KAK YATI sekarang dia sudah berpindah ke pejabat lain di bawah U.T.K Rienas Multi Resources ..
    sape yang percaya akan kemampuan beliau dan ingin berurusan boleh direct hubungi terus

    TAMAN MEGAN SRI RAMPAI
    NO 36 – 1 – 1 , JALAN MEGAN SETAPAK 1,
    53300 KUALA LUMPUR
    012-3662127 (pn yati)
    https://www.facebook.com/PerundingMasalahAhlong/
    https://utkrienasmultiresources.blogspot.my/

    BalasPadam
  17. Along dia ugut kosong ja... padahal apa yang dia gertak tu semua ke longkang.. kat anggota polis kebykan ah long mana berani bagi pinjam.. sebab dia tau dengan polis dia xleh main dia punya gertak yang ke longkang...

    BalasPadam
  18. Saya pun dah terkena cari dalam online dapat satu nombor ni dia bg pinjaman kepada pekerja swasta cepat dan mudah lulus syarikat dia pinjaman berlesen kita pun pinjam Ngan dia orang tengah terdesak berdepan masalah duit memang masa tu tak boleh fokus dan hanya mengharapkan dapat pinjam dari pinjaman berlesen ni pastu bayar hutang tiap2 tapi lahanat punya orang ni dia ambil kesempatan kat orang yg minta bantuan dari dia kelirukan mangsa dengan interest dia bg dokumen suruh tandatangan bila kita minta dia bgtau nanti akan serahkan nak kena bg complete dulu last2 dia kencing kita kenakan bayaran 2x ganda dokumen Ngan resit bila kita minta dia kata tak boleh bg dia tolong simpan untuk kita cuma dia boleh bgtau berapa baki untuk pinjaman itu dan berapa lama lagi tempoh kena bayar kita pun baru tersedar yg dia ni nak kenakan kita apa lagi block card ATM pi buat laporan polis bahagian siasatan komersil sebab dia ugut nak culik anak kita datang rumah pecahkan tingkap rumah tampal gambar kat depan rumah kita kata kita pembohong,penipu duit suruh dia ambil cermin besar pi cermin diri dia siapa tipu siapa lepas tu boleh label kita penipu dia sah dia memang Along yg berselindung di bawah syarikat pinjaman berlesen tp apa tindakan pihak berkuasa untuk Along2 haram yg menipu ni nak tau juga sebab ni pertama kali terkena Along tu menggila pasal kad ATM aku dia tak boleh guna lagi aku ada mesej cakap elok2 minta agreament dan resit aku bayar dia Untuk beberapa bulan yg lepas dan minta dia kira balik interest tu bg betul aku janji akan bayar hutang dia balik ikut pinjaman aku tu kau orang tau dia boleh maki kita bodohkan kita kata kita tak tau kira lagi cakap dia kira salah dia tak kira dia nak aku settle kan hutang ikut cara dia aku nak bg dia peluang lagi untuk minggu ni nak settle cara berdamai kalau tak nak juga kena la pakai orang tengah ikut saluran yg boleh settle masalah ni kau manusia aku pun manusia juga jangan aniaya orang yg dalam kesusahan untuk kepentingan diri kau sebab nak bg anak bini kau hidup dalam kesenangan dengan menipu orang apa yg diorang makan tu hasil 'haram' kau tau tak tak kira kau tu agama apa pun haram tetap haram boleh pula dia kata kita tengah seronok makan duit haram bukan aku tak nak bayar bodoh aku cuma nak hak aku yg kau ingat boleh buat pakai undang2 sendiri bukan nak nak tunjuk belang ka apa kata masa nak pinjam semua ok bila dah dapat duit baru nak cakap tak betul sebabnya dah dia dah tunjuk belang dia masa bodohkan orang yg tengah serabut fikir masalah dia pula tambahkan serabut matematik tambahan versi dia memang keliru la jawabnya dan orang hanya percaya yg dia kenakan interest macam mana dia tunjuk dalam iklan yg dia iklankan tu dan berpandukaan kenyataan dia dari syarikat pinjaman yg ada lesen suruh dia fahamkan dulu apa tu pinjaman yg ada lesen dan undang2 yg tertulis untuk pemberi pinjaman yg berkesan kalau masih berkeras nak kita bayar ikut cara dia juga memang sah dia tu tak da lesen dan tak pernah tahu undang2 sebagai pemberi pinjaman berlesen so kita tunggu apa seterusnya akan jadi sebab aku percaya pada kekuasaan Allah dan aku hidup kat Malaysia semua pun tahu apa tu kedaulatan undang2 dan hidup dalam dunia ni jangan sesekali menganiaya orang lain yg selebihnya berserah pada takdir dengan sedikit usaha untuk menyelesai masalah ini.

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!