Pages
▼
Khamis, 3 Mac 2011
LAGI BERITA GEMBIRA DARI KERAJAAN!!
PUTRAJAYA Mac - Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas selama 10 hari lagi, bermula semalam sehingga 10 Mac ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lanjutan tempoh diskaun 50 peratus bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman tetapi gagal berbuat demikian ekoran masalah sistem tergendala serta kesesakan kaunter di seluruh negara.
''Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu.
''Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur hendak bayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai Selasa.
Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir.
Kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan kepada orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenaraihitam pesalah juga terpaksa ditangguhkan.
Sepanjang tempoh tersebut hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.
Hishammuddin menambah, keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad tanpa mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh ditetapkan.
''Mereka yang melakukan kesalahan perlulah menjelaskan saman masing-masing sepanjang tempoh 10 hari yang telah diberikan ini jika tidak mahu disenaraihitamkan," katanya.
Katanya, proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.
Dalam pada itu, orang ramai yang ingin mengemukakan sebarang rayuan berhubung kesahihan kesalahan dinasihatkan supaya mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa. - Utusan
P/s: haa.. kali ni cepat-cepatlah pergi bayar.. jangan buat kerja last minit..
Mctheory:
Pesan untuk diri sendiri juga ni.. heh!
PDRM teruskan tugas, jangan ambil peduli kritikan. Asal buat tugas secara professional.Yang penting niat. Orang ramai cukup le hentam Polis, bawa kenderaan hati-hati,sayang diri, sayang keluarga, sayang negara.Jangan nanti kena saman lagi, membazir wang gaji je.Buat sesuatu tu biar le secara waras.
BalasPadamPukimak punya menteri 'amaran'..suka hati je nak blacklist rakyat..ko tu bukan tahu rakyat yg x berduit,nak bayar mcm mane saman skali harung..belagak nak mampus..mari semua rakyat kita bersatu kasi ajar menteri lembik ni..tuan PM dah bt mcm2 nak pujuk hati rakyat..anjing belaan Tun Dol ni nak rosak kan undi kepada BN dan Umno..
BalasPadamSaman ekor ni bnyk menyusahkan rakyat. Sepatutnya polis kenalah htr gambar dulu, tp 'mangsa' pula kena byr RM10 utk dptkan gambar. Masa dan tenaga bnyk terbuang, semata2 nk buktikan kita xbersalah.
BalasPadamKalau dah langgar peraturan, tentula kena saman. Kalau tak nak kena saman, jangan langgar peraturan, pandu kereta ikut had laju yg telah ditetapkan, jangan parking suka hati, jangan memotong dll. Kalau nak jimat RM300, bayar saja la RM10 utk confirm betul ka kita yg kena saman. Kalau bukan betul, at least jimat RM290. Kalau mmg sah kita yg salah, nasibla kena keluar RM310. RM10 tu kos utk print gambar dan lain2 kos yg berkaitan. Tu semua duit pembayar cukai tau.
BalasPadam