Benarkah kata Anwar dan kumpulan Pakatannya bahawa mereka akan menjatuhkan kerajaan pimpinan Pehin Seri Taib Mahmud jika diadakan Pilihanraya Negeri Sarawak didalam tempoh masa yang terdekat? Yakin benar nampaknya Anwar dengan angan-angannya tersebut biarpun ia kedengaran sama seperti impian 16 September ke Putrajaya sebelum ini.
Apakah yang membuatkan Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan begitu yakin mereka boleh merampas Sarawak? Dari manakah mereka memperolehi maklumat bahawa rakyat Sarawak menyokong mereka? Anwar yang kita kenali adalah seorang yang memang bijak menabur janji. Tak kurang juga dengan kepakaran menipu serta putarbelit semua pemimpin-pemimpin didalam Pakatan pembangkang.
Jadi, kata-kata Anwar yang kononnya mereka akan merampas Sarawak dari tangan Barisan Nasional, tak lebih hanya dari satu lagi projek menipu rakyat yang diusahakan oleh kumpulan pembangkang. Tambah-tambah pula jika satu kajian daripada sebuah badan bebas Merdeka Centre diambil kira bagi melihat sokongan rakyat Sarawak terhadap Pakatan yang diketuai oleh Anwar.
Mengikut satu pungutan suara yang dibuat oleh Merdeka Centre dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hanya 11.2 peratus sahaja rakyat Sarawak yang sanggup memberikan undi mereka kepada pihak Pakatan pembangkang di Sarawak jika Pilihanraya Negeri diadakan di negeri tersebut. Ini sekaligus menolak tanggapan kumpulan pembangkang bahawa mereka akan menang mudah dan menguasai Sarawak selepas PRN diadakan.
Bancian yang dilakukan ini meliputi seluruh responden yang terdiri dari pelbagai latarbelakang etnik. Jumlah yang bersedia mengundi Barisan Nasional telah meningkat kepada 64.1 peratus iaitu 1.1 peratus lebih tinggi dari yang diterima parti pemerintah pada pilihanraya negeri pada tahun 2006 lalu. Anwar dan kumpulan pembangkang harus menerima hakikat ini yang menunjukkan polisi politik Pakatan langsung tak sesuai diamalkan di Sarawak. Sambung Baca SINI
P/s: petunjuk buruk bagi puak Pakatan di Sarawak..
Mctheory:
Mahukah rakyat Sarawak menerima si peliwat macam anwar tu??
kalu ikut statistik ni, bhgn negatif adalah kurang 50%. Maknanya majoriti tanggapan adalah yg positif.
BalasPadamTp org Sarawak, macammanapun akan tetap undi BN jg walaupun kekayaan negari banyak dibolot puak2 tertentu.