Pages

Ahad, 20 Mac 2011

KASI PANAS!! KARPAL SUDAH TEST DNA ANWAR SAMA DENGAN DNA Y!!??


Tajuk artikel ini bukan contempt of court tetapi merujuk kepada perjalanan perbicaraan kes liwat. Ianya mengenai DNA.

Semasa perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah pernah mengarahkan pendakwa memberikan salinan laporan kimia yang dibentangkan oleh saksi, Dr Seah Lay Hong kepada pasukan peguam bela Anwar Ibrahim.

Dan laporan kimia itu adalah mengenai profail-profail DNA yang telah ditemui oleh Dr Seah semasa menjalankan ujikaji ke atas bahan-bahan bukti kes tersebut.

Anwar Ibrahim pula telah melantik 3 orang pakar DNA iaitu Dr. Brian McDonald dari Sydney, Australia, Dr. C Damodaran dari Chennai, India dan Dr. David Wells dari Melbourne, Australia.

Kehadiran mereka adalah untuk membantu pasukan peguambela terutamanya dari segi teknikaliti dan proses DNA yang dibentangkan sebagai eksibit bukti.

Secara logiknya, pakar-pakar tersebut dan peguambela akan menasihati Anwar Ibrahim supaya menguji sendiri DNA beliau di makmal kimia dan di dalam kes ini, Australia adalah lab of choice kerana Dr Brian McDonald dan Dr David Wells bertugas di sana.

Maka, Anwar Ibrahim dan pasukan beliau sepatutnya telah membuat perbandingan DNA beliau dengan laporan kimia yang mereka terima sebelum ini. Dan sebenarnya di saat ini, setiap individu yang menjadi peguambela termasuk Karpal Singh sudah tahu sama ada DNA Anwar Ibrahim serupa dengan DNA di dalam laporan kimia Dr Seah!

Maksud mudah, jika peguambela dan Anwar Ibrahim begitu berkeras tidak mahu menyerahkan DNA beliau, ianya bermaksud DNA Anwar Ibrahim sama dengan DNA di dalam laporan kimia Dr Seah, saksi kes tersebut.

Maksudnya, Anwar Ibrahim memang telah meliwat Saiful Bukhari.

P/s :Adakah Karpal Singh akan tarik diri serta tidak lagi mempertahankan kes Anwar Ibrahim kerana beliau sudah insaf terutamanya selepas kematian adik lelaki beliau sendiri ?

MIM

Mctheory:
Memang dah sah.. Tak Syak lagi..

2 ulasan:

  1. kenapalah susah sgt nak dapatkan DNA Anwar ni? Kat luar negara, siap ada bank DNA lg. Sbb tu senang nak trace penjenayah dan perogol.

    BalasPadam
  2. polis kan dah ada dna anwar masa kes liwat dulu ,dna sekarang dengan dna 1000 tahun dulu sama aja

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!