Pages
▼
Selasa, 13 November 2012
PANASS!! Lagi Laporan POLIS Keatas Pentadbiran KUIN!! Bakal Di Saman! #TukarKedah
Nampaknya KUIN tidak sunyi daripada kontroversi. Pelbagai masalah yang timbul dan Mc diberitahu, banyak lagi masalah dalaman yang pentadbiran KUIN hadapi. Semuanya bermula dari kepimpinan tertinggi yang tidak peka dan tidak bijak untuk mengatur langkah Kolej Universiti terbabit.
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (PSSPGM) Kedah semalam membuat laporan polis berkaitan program ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat ijazah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwa masih tidak mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Bendahari Kehormat PSSPGM Abi Norzuwadin Abdullah berkata laporan polis itu dibuat kerana kecuaian Kuin menawarkan kursus yang masih belum mendapat pengiktirafan MQA.
Walaupun masalah pengiktirafan itu belum selesai, Kuin tetap membuat pengambilan kedua untuk kursus sama, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini semalam.
"Saya difahamkan seramai 30 pelajar sedang mengikuti kursus pengajian dalam bidang tersebut. Saya harap isu ini diselesaikan segera," katanya lagi.
Siapa tak sakit hati, duit dah habis, masa dah terbuang, study bagai nak rak. Dapat ijazah, rupanya tak laku. Memang la sakit hati. Dari buang masa belajar benda tak berguna, baik jual goreng pisang, rasanya dah boleh beli rumah.
Mc syorkan pelajar KUIN yang dapat ijazah tak laku tu, failkan saman keatas KUIN. Biar mahkamah tentukan. Biar jadi pengajaran pada yang lain pulak.
Apa punya haprak Pas Kedah ni, nama kata Islam, tapi aniaya orang nombor 1.
McTheory:
Orang macam ni la yang jatuhkan martabat orang Islam yang lain..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!