Sabtu, 12 Oktober 2013

TERKINI! Keputusan Tak Rasmi Sayap-Sayap UMNO! #PemilihanUMNO


Tak rasmi. Selain Khairy leading sakan takat ini,Mas Ermieyati dapat 43 undi VS Jamilah Hanim 9.DS Shahrizat juga lead 11 VS 1 Maznah.

KEMASKINI: 6.00 PETANG - Mengikut keputusan tidak rasmi nampaknya untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin setakat ini mendapat sokongan padu bahagian-bahagian. Sumber-sumber yang layak dipercayai berkata dari 60 bahagian yang sudah dikira semuanya solid undi beliau.

Untuk jawatan Ketua Puteri UMNO pula, Mas Ermieyati 38 undi jauh mendahului saingan tunggalnya, Jamilah Hanim 10.

Datuk Seri Shahrizat pula leading untuk Ketua Wanita. Beliau dapat empat undi.Maznah Mazlan baru dapat satu dari UMNO Bahagian Cheras, Kuala Lumpur manakala calon ketiga Raihan Sulaiman Palestin belum dapat undi. 

SEMENTARA ITU, dalam sidang akhbar kedua Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli pada jam 6.00 petang Sabtu. Keputusan rasmi semasa untuk calon Ketua Puteri UMNO Mas Ermieyati - 13 undi, Jamilah Hanim - 4 undi. 

Calon Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil - 4 undi manakala Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin - 3 undi. Lain-lain calon belum diumumkan. 

Menurut Tajol, pihaknya sudah menerima banyak keputusan tetapi mahu mengesahkannya terlebih dahulu sebelum keputusan rasmi diumumkan. 

"Jika kita melayari internet kita mungkin dapat (keputusan) lebih dari ini tetapi kita kena sahkan dahulu sebelum kita umumkan," ujarnya.-12/10/2013

Sumber: Agenda Daily

Tiada ulasan: