User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Khamis, 27 Ogos 2015

Gambar Menarik Graduan Tajaan FELDA di Majlis Konvo


Ternyata saat yang paling bahagia ialah apabila kita berjaya ke menara gading. Anak FELDA merupakan insan yang bertuah, apabila seramai 101 orang mahasiswa yang telah ditaja bagi menjaga anak bangsa.

Berlangsungnya Majlis Konvokesyen Universiti Nilai 2015 dalam suasana yang cukup meriah dan membanggakan. Siapa tak gembira bila penat dan letih berbayar dengan kejayaan.

Seramai 800 graduan tersenyum puas apabila berjaya menerima anugerah Diploma dan Ijazah mereka. Berdasarkan kepada angka itu, 101 daripadanya merupakan pelajar tajaan FELDA.

Tahniah dan syabas pada semua graduan.

Lagi gambar konvo dibawah,


























Diskaun Pas Bulanan Bagi Penguna Bas


Demi untuk menjaga kepentingan rakyat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 30% kepada pemilik pas bulanan antara bandar bermula 1 September 2015.

Diskaun ini pastinya disambut baik bagi penguna pas bulanan, ini memberi sedikit kelegaan kepada yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Langkah ini diambil SPAD, kerana mahu mengalakan warga Kuala Lumpur memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengelakan kesesakan yang melampau.

Diskaun ini meliputi 3 laluan utama iaitu

Seremban - Kuala Lumpur
Klang - Kuala Lumpur & Rawang
Kuala Lumpur termasuk laluan Bus Ekspressway Transit 5 dan 6 (BET)

Carta dibawah ialah ringkasan diskaun harga untuk perkhidmatan bas antara bandar.


30% sudah dikurangkan bagi setiap orang yang mengunakan bas untuk pergi ke tempat kerja. Sudah tentu, ianya menjimatkan dan mengurangkan kos sara hidup.

Sudah pasti ini merupakan berita tersangat baik bagi penguna pas bulanan.

Rabu, 26 Ogos 2015

Kenapa Kedah Miskin Tapi Gaji Adun Naik?


Pelbagai isu dan andaian yang dibuat oleh pihak-pihak yang kononnya bijak, tapi sebenarnya pengacau negeri Kedah. Mereka bukan mencari jawapan 'kenapa?', tapi sengaja memporak peranda perkara kenaikan gaji ini, sedangkan usul kenaikan gaji ini sudah dibincangkan semasa Sidang Dun yang lepas lagi.

YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sudah memperjelaskan tentang kenaikan gaji wakil-wakil rakyat Kedah, kali terakhir gaji mereka disemak pada 11 tahun lepas. Sudah tentu perkara ini penting, kerana gaji wakil rakyat Kedah merupakan yang terendah didalam Malaysia, jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain, malah jika dibandingkan dengan gaji guru besar sekolah rendah pun, mereka lebih tinggi dari YB Kedah sekarang.

Mengambil kira dengan taraf hidup yang tinggi dan juga mengambil kepentingan rakyat, YAB MB mengemukakan usul ini apabila memikirkan masak-masak mengenainya.\

Enakmen itu menetapkan gaji Adun akan dinaikkan daripada RM4,112 kepada RM11,000 sebulan.
Gaji speaker dan 10 anggota Exco pula akan dinaikkan daripada RM6,109 kepada RM14,000 sebulan manakala gaji timbalan speaker daripada RM3,993 kepada RM7,000 sebulan.

Gaji baharu Menteri Besar pula adalah RM22,000 sebulan berbanding RM14,175 sebulan sebelum ini.
Gaji MB hanya separuh saja kenaikan.

Walaupun Kedah sudah menaikan gaji, tapi ia tetap paling rendah jika nak dibandingkan dengan negeri lain.

11 Tahun tak naik gaji, tapi rakyat mengharapkan kerja wakil rakyat yang terbaik. Jika mereka diberi pendapatan lebih, barulah mereka lebih yakin nak berhadapan dengan rakyat. Sekarang ni, ada YB yang lari bersembunyi dalam rumah bila ada orang datang minta bantuan. Ada juga yang tak berani nak solat Jumaat dikariah sendiri, takut-takut bila jumpa rakyat, depa minta bantuan, sedangkan YB sendiri nak makan pun tak cukup.

Kalau sampai macam tu, adakah tak wajib gaji wakil rakyat dinaikkan? Macam mana nak jaga rakyat jika diri sendiri pun tak lepas?

Dalam perkara ini, kita kena fikir dengan mengunakan akal, kemudian timbang dengan hati. Jika rasa kita ni masih manusia, rasanya kita faham kenapa ianya perlu.

Bab kongsi GST, cadangan Dato Seri Mukhriz tu tak salah, kongsi bersama negeri miskin. Bukan Kedah nak enjoy atau joli, tapi ia akan digunakan untuk pembangunan dan juga membela rakyat.

Apakah sekarang ni menjadi kesalahan bila seseorang wakil rakyat, menyuarakan hasrat dan adu rakyat pada atasan?

Sabtu, 22 Ogos 2015

Majlis Meraikan Bakal Haji Petugas Kumpulan FELDA


Tempohari berlangsung Majlis Meraikan Bakal Haji dan Hajah Petugas Kumpulan FELDA 2015 di Ballroom Menara Felda, Platinum Park, Jalan Stonor.

Majlis meraikan bakal Haji ini dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan FELDA, YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj Mohd Isa Bin Dato Hj Abdul Samad diiringi oleh Pengarah Besar FELDA, Ybhg Datuk Hanapi Suhada.

Bakal Haji juga diberi sedikit buah tangan untuk bekalan mereka menunaikan ibadah tersebut. Selain itu, YB TS Isa juga turut memberi sedikit pesanan pada bakal Haji dalam ucapan beliau.

Majlis disusuli dengan ceramah agama oleh YBHG Ustaz Dato Hj Nizam Kamaruzzaman (Penceramah Bebas).

Gambar dimajlis tersebut.












Jumaat, 21 Ogos 2015

Pemandu Lori Ingkar Peraturan diambil tindakan



Banyak aduan mengenai kenderaan berat termasuk lori memandu secara melulu hingga membahayakan penguna lalulintas yang lain.

Disebabkan iitu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesan 25 lori yang melanggar undang-undang menerusi operasi bersepadu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL), tempohari.

Pengarah Penguatkuasaannya Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata operasi bermula 6.30 pagi hingga 2 petang itu melibatkan 52 pegawai dan anggota SPAD, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) serta Jabatan Alam Sekitar Johor.

"Kesemua lori masing-masing membawa pelbagai muatan termasuk pasir, tanah, tanah liat dan batu.

"Antara kesalahan yang dikesan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 itu adalah membawa lebih muatan, muatan melebihi panel sisi serta ingkar arahan timbang," katanya lagi.

Che Hasni berkata pihak SPAD merekodkan keterangan daripada kesemua pemandu lori yang terlibat sebelum tindakan kompaun atau mahkamah dikenakan terhadap syarikat kenderaan tersebut.

Beliau berkata operasi berkenaan turut melibatkan 13 kenderaan pacuan empat roda milik SPAD, PTG dan Plus yang digunakan untuk meninjau lori yang melalui kawasan lebuh raya berkenaan sebelum diarah ke lokasi R&R berkenaan untuk pemeriksaan.

"Operasi bersepadu merupakan usaha SPAD bersama pelbagai agensi penguatkuasa lain bagi mengesan pengusaha lori yang masih gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan," kata beliau.

Sudah tentu operasi seperti ini akan sentiasa dijalankan demi keselamatan penguna lain. Mengikut kata beliau, tahun ini sudah dua kali operasi ini dijalankan.

Kita berharap, SPAD terus melakukan operasi kerana ia dapat mencegah kenderaan seperti lori lebih berhati-hati dan mengikut peraturan lalulintas.

Khamis, 20 Ogos 2015

Kedah Cadang Kurang GST dari 6% ke 3% - @MukhrizMahathir


Atas sebab rungutan Rakyat mengenai GST, maka Kedah mencadangkan agar kadar cukai ini dikurangkan dari 6 ke 3%. Jika tidak boleh, dicadangkan hasil cukai GST dikongsi bersama negeri2 khususnya yg miskin seperti Kedah.

YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir
Menteri Besar Negeri Kedah

Ahad, 9 Ogos 2015

Mukhriz Risau Suara Akar Umbi Tidak Didengari Pimpinan Atasan



Dalam ucapan perasmian di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Jerai semalam. YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah menegaskan bahawa UMNO kini berada didalam keadaan kritikal dan pimpinan harus tangani isu yang berkaitan, demi untuk memperolehi semula keyakinan ahli dan rakyat pada parti keramat ini.

"Parti Umno satu-satunya parti yang mempunyai ahli cukup ramai dan mesyuarat bahagian pula diadakan setahun sekali. Oleh itu disinilah tempat kita untuk menyuarakan kegelisahan rakyat bagi membincangkan dan disampaikan kepada kepimpinan bahagian seterusnya dibawa ke peringkat pusat. Keputusan yang kita buat mestilah mendengar nadi denyut rakyat dan mengambil kira pandangan mereka".

Kata Dato Seri Hj Mukhriz yang risau jika pimpinan parti tidak ambil kisah tentang suara akar umbi.

"Kalau keputusan yang dibuat tidak menyenangi hati rakyat, maka bila tiba PRU nanti mereka akan menghukum kita. Jika hilang undi 2% pun kita akan hilang kuasa mentadbir negara. Tanya soalan tak salah, kerana pertanyaan kita itu bukan hendak menjatuhkan parti, sebaliknya untuk memperkuatkan parti". Kata beliau lagi.

Beliau menegaskan tiga perkara penting dalam ucapan semalam,

 1. Jangan cuba singkirkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana beliau memenangi jawatan tersebut melalui pemilihan parti dan bukannya dilantik.

2. Jangan ada pihak yang cuba mengganggu siasatan yang sedang di lakukan oleh agensi-agensi yang berkaitan termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

3. Tan Sri Zeti merupakan seorang Gabenur Bank Negara yg disegani di peringkat antarabangsa. Jika ada tindakan yg dikenakan ke atas beliau,maka hilanglah terus kredibiliti kerajaan kita.

Kita sudah menghadapi krisis keyakinan terhadap pentadbiran. Jika kita kerap melakukan kesilapan dan perkara yang membelakangkan rakyat nescaya kita (UMNO) akan dihukum dalam PRU yang akan datang.

#UMNOKedah #Kedah #MMFC #BeraniBerubah

Operasi Tegas (Grab Car) diteruskan



Nampaknya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) benar-benar tegas untuk membenteras grab car di Lembah Kelang.

Satu Ops Tegas (Grab Car dan Uber) telah diadakan oleh Penguatkuasaan SPAD sekitar Sunway, Times Square, Damansara, Kelana Jaya , Puchong, Bangsar dan Subang tempohari.

Sebanyak 12 buah kenderaan telah ditahan iaitu 4 Buah Perodua Myvi, sebuah Perodua Axia, sebuah Proton Preve, sebuah Toyota Camry, sebuah toyota Vios, sebuah Honda Jazz, Sebuah Honda City, sebuah Hyundai Elantra dan sebuah Chevrolet.

Semuanya ditahan kerana mengadakan perkhidmatan kenderaan Awam tanpa Lesen Pengendali (11 Grab Car dan 1 Uber).

Kesemua 12 buah kenderaan ini telah disita dan dibawa ketapak sitaan SPAD sebelum kes dibawa ke mahkamah.

Ada yang kata, kenapa SPAD perlu menganggu sumber mereka mencari rezeki?

Jika nak cari rezeki pun carilah dari sumber yang halal, bukan haram. Daftar dan ikut peraturan seperti mana perkhidmatan awam yang lain.

Kereta mewah mampu beli, nak daftar dan ikut peraturan tak mampu kah?

Gambar dibawah adalah diantara kereta yang ditahan,







Keputusan FELDA Beli EHP Perlu diTeliti dan Rasional



Sebelum membuat sesuatu keputusan, diharap pihak Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) perlu membuat keputusan rasional berkaitan pembelian PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia agar hasilnya memberi pulangan yang menguntungkan.

Rancangan pembelian EHP telah dibentangkan oleh FGV, namun kini terpulang kepada pemegang saham untuk membuat keputusan yang mana dijangkakan keputusan bakal diketahui pada bulan ini (Ogos) selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Pada Jun lepas, FGV mengumumkan ia telah memeterai perjanjian induk dengan Rajawali Group untuk membeli kepentingan EHP pada harga US$ 680 juta dalam bentuk tunai dan saham.

Perjanjian ini telah menyaksikan Rajawali Group memiliki saham sebanyak 2.6 peratus asas saham FGV, dengan ini bermakna FGV akan mengambil alih antara 93 dan 95 peratus kepentingan dalam projek gula Rajawali Group dengan nilai AS$67 juta.

Kepentingan dalam EHP ini akan dipegang oleh FGV Kalimantan Sdn Bhd, sebuah unit dalam FGV, pelaburan yang jarang diterima ini memang amat berbaloi. Pastinya akan ada pihak yang tidak senang dengan potensi FGV, sudah tentu persepsi buruk terhadap FGV akan terus dimainkan.

Diwaktu seperti inilah peneroka perlu terus yakin dengan potensi pelaburan yang ada pada FGV, kerana diwaktu senang, peneroka turut merasa hasilnya, jadi apakah perlu mengurangkan kepercayaan diwaktu seperti ini?

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review