Sabtu, 24 Februari 2018

HOT! Akhirnya Pendedak KANTOI DITANGKAP Dalam Cubaan Merasuah ahli PPBM!


Menerima pakai Sidang Media yg dilakukan oleh Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dan Tuan Hanif Khatri selaku Peguam PPBM, kini kita boleh sahkan 100% SPRM Putrajaya telah melakukan satu tangkapan terhadap suspek bernama Puan Hasnita Shamsuddin, bekas ahli PPBM yang telah memberi sogokan 'dedak' kepada seorang pemimpin PPBM.

Tangkapan dilakukan di dalam satu operasi khas di sebuah hotel di Putrajaya. Pendedak Hasnita telah merasuah Puan Baridah Che Nayan, iaitu Ketua Srikandi Perlis dan ditangkap oleh pegawai SPRM sendiri di tempat kejadian selepas menyerahkan wang tunai sebanyak RM5000 kepada Puan Baridah.
Sebelum ini Pendedak Hasnita sudah pun menyalurkan wang kepadanya melalui bank sebanyak RM5000 dan membuat panggilan telefon untuk menyerahkan lagi RM5000 dan skrip untuk Sidang Media di hadapan ROS. Pada ketika itulah, SPRM telah menangkap Pendedak Hasnita. Penyerahan wang tersebut dilakukan di hadapan Pegawai SPRM sendiri yg menyamar sebagai sepupu mangsa.

Amat menyedihkan apabila sehingga kini SPRM belum membuat pengesahan tangkapan tersebut. Malah suspek pula bebas begitu saja setelah melakukan rasuah dan boleh pula berdemo dihadapan Pejabat ROS semalam.

Admin: Patutlah indeks rasuah jatuh teruk!

Video penuh sidang media ops banteras dedak semalam.

Tiada ulasan: