Siapa sebenarnya? Adakah masih belum terputus siapa calon?
Sehingga kini, rakyat Malaysia masih lagi menunggu calon PM pilihan dari pihak pembangkang, persoalan ini pernah diajukan wartawan kepada pimpinan Perikatan Nasional yang terdiri dari Pas, Bersatu, Gerakan dan rakan gabungan yang lain. Namun tiada jawapan muktamad hanya minta wartawan dan para penyokong menunggu.
Jika ura-ura sebelum ini calon PM PN adalah dari Pas, iaitu Dr Ahmad Samsuri, MB Terengganu, tetapi ianya tidak ditegaskan oleh mana-mana pimpinan atasan PN.
Sepatutnya, PN perlu umum siapa calon PM jika Perikatan Nasional memerintah Malaysia. Supaya rakyat Malaysia dapat menilai, jika mereka mengundi PN siapa PM selepas ini.
Contoh seperti PRU ke 14 dahulu, PH penbangkang ketika itu, menamakan calonnya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM. Soo rakyat dapat membuat pilihan antara Najib ataupun Tun M.
Ketika ini Kerajaan Anwar Ibrahim, terpalit dengan pelbagai isu, malah dilihat tidak popular di mata rakyat. Ini berlaku setelah beberapa keputusan Kerajaan yang bertentangan dengan apa yang pernah dijanjikan semasa mereka menjadi pembangkang dulu.
Jika pilihanraya berlangsung disaat ini, PN lebih berpeluang untuk menang. Namun, sosok Anwar Ibrahim yang sememangnya bijak berpolitik, pasti ada 'back up plan' saat akhir untuk mengekalkan kuasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan