Pages

Isnin, 18 November 2013

HOT! Dr Sohaimi Maksum dan Hebat, BN Kalah Sebab Sendiri?


Wahh.. sikit punya teruk Mc kena taruk bila tegur pasal calon BN yang kalah di Sungai Limau tempohari. Tapi Mc open, orang nak kutuk Mc dan blog ni pun Mc tak kisah.. cuma jangan maki lebih-lebih, confirm komen kena delete.

 Depa komen kutuk Mc sebab tegur Dr Sohaimi dalam posting kat SINI pun ok. Sebab dah terbukti depa baca blog dan sudi bagi feedback untuk Mc balik tu dah kira hebat. Cuma Mc pelik la ada yang melenting bila Mc kritik sikit Dr Sohaimi tu.

Apa yang Mc kata adalah satu kenyataan yang benar maha benar dan benar belaka. Malah seminggu sebelum mengundi Mc dan rakan-rakan TMK lain bertemu dengan Dr Sohaimi dan 'taruk dia' cukup-cukup sebab tak mesra media dan pengundi.

Perlu di ingat kami TMK hanya jentera yang ingin membantu beliau menang dan jadi YB. Kami takdak kepentingan dan lepas dia menang dan jadi YB pun belum tentu dia akan pandang jentera yang tolong dia selama di PRK. Tapi dia kalah nak buat macam mana kann?

Jadi bila calon pun tak dapat nak tolong diri sendiri, dan kurang mesra macam mana jentera nak tolong?

Mc bukan kritik Dr Sohaimi sebab Mc sokong apa yang BN buat di PRK Sungai Limau seratus peratus. Sapa yang memang pengikut blog ni, akan tau macam mana Mc belasah UMNO dan pemimpin UMNO yang tak betul buat kerja. Sama juga macam Dr Sohaimi, kalau dia benar-benar bagus, Mc takkan komplen. Contoh macam PRK Kuala Besut, calon Abe Ku (Tengku Zaihan) benar-benar mesra dan mudah untuk kita bantu calon macam Abe Ku tu.

Malah Mc sewaktu berjumpa dengan Abe Ku di Sungai Limau, meminta Abe Ku menasihati si Dr Sohaimi supaya lebih ramah mesra. Muka mesti mau senyum.

Banyak cerita yang boleh Mc coret pasal Dr Sohaimi di PRK hari tu, tapi Mc simpan kot-kot la ada manusia penyokong tegar Dr Sohaimi nak cabar Mc suruh londeh kesemua cerita beliau kat blog ni.

Mc tegur untuk kebaikan bukan untuk nak aib. Manalah tau dia dicalonkan balik masa PRU ke 14 nanti. Ini satu teguran yang akan membina diri dia menjadi lebih bersedia dan lebih baik.

Tapi kalau tak boleh kena tegur pun takpa.. kami tak kisah pun..lantaklah apa dia nak buat lepas ni.


P/s: depa siap kutuk blog Mc kata takdak orang baca? hahaha.. takdak orang baca nak risau buat apa betui dak?


McTheory:
Blog Kedah Ke KL tak hebatlahh.. mana ada orang baca blog ni.. hahaha..

12 ulasan:

  1. yg dah sudah tu sudah la...tak pyh nak ungkit semua cerita buruk pasal dr.sohaimi..setiap manusia ada kelemahan..dia x selalu senyum,mmg jenis dia mcm 2..lebih baik tak senyum drp senyum sokmo tp dibuat2,pura2 senyum nak amik hati pengundi..bab mesra media plak,tak semestinya calon tu kena tlalu bgantung dgn media utk publisiti..mmg x dinafikan peranan media ni penting..tp dlm saat2 genting,24jam x cukup utk sorang calon..nak kena jg hati semua pihak...apa2 pun,aku lebih kenal dr.sohaimi wlaupun blogger2 sdp
    dok hentam dia la ni..dah 15 tahun aku kenal beliau..hanya jauhari kenal manikam...syukran

    BalasPadam
  2. baguslah umno kalah tempohari..macam2 kita dengar.ada yang boikot ada yang sabotaj..calon pun memang rasanya x sesuai..kenapa x letak ustaz juga.. lawan ustaz pas tu?dah x der ustaz yang sokong umno ker?

    BalasPadam
  3. saya hari-hari surf blog tuan...nak tau perkembangan negeri Kedah... so yang tak baca tu sikit tp yg masuk dan baca tu ramai

    BalasPadam
  4. Terima kasih sahabat yg komen diatas tu, tanpa pembaca siapalah Mc ni..

    BalasPadam
  5. Wpun pengundi luar pas ramai tak balik, bn kerah jentera bawak keluaq mengundi tp pas tetap menang. Nampaknya aura mukhriz hya di sekitar kelibat org2 umno saja. Belum mampu buat pengundi tegar pas kalih meskipun poster/streamers mukhriz letak rata masa prk. Majoriti pulak lebih kurang dgn majoriti pas dapat tahun 1995 dulu. Tadaq perubahan drp penyokong tegar pas.
    Nak menyedapkan ati, bn kata itu kemenangan moral dlm kekalahan haha
    Bn menang di kedah pru13 pun sbb faktor penolakan trhadap pas. Arini bajet dibentang oleh Mb, org dah tanya, mana pi litar yg dijanji dulu? Mana dia langkah2 nak merealisasikan manifesto bn kedah pru13 secara spesifik?

    BalasPadam
  6. Tunggulah pendedahan dalaman-pegawai2 khas naik tocang!

    BalasPadam
  7. Ya Allah.. sudah2lah tu.. takdir Allah SWT utk kalah..adalah hikmahnya..
    buang la sifat suka hentam bila kalah. Si Sohaimi tu buat post mortem, dia berhak sbg calon tp kenapa blog ni tk puas hati saja?
    sudah2lah..

    Yg patut diperelok, kita elokkan lah. Yg blog ni suka serang peribadi calon seperti puak PAS serang UMNO kenapa? Rasa2 berkat ka cara mcm ni? Kalau Sohaimi tu xbetul, usulkan sj ke pihak atasan.

    Jangan bila kalah kutuk mengutuk. Calon ada hak utk post mortem.. yg peliknya blog ni yg respon tk tentu pasal.. UMNO2.. penyakit sakit hati sesama sendiri xubah2.. Pembangkang menang bkn sbb mereka kuat sgt tp sbb sikap UMNO yg 'samseng' sesama sendiri..

    Bg saya Sohaimi punya fakta ada betulnya jugak. Dlu sepupu Ust Azizan bertanding pun kalah.. soal skrg isu kebencian kpd jentera UMNO, pemimpin UMNO atas2.. bkn kpd calon.. tolonglah jgn lari fokus klu mahu betulkan masalah.

    Saya rasa ada hikmah kalah.. jika lihat sikap mcm ni. tkdk berkatnya..

    BalasPadam
  8. hr tu slhkan jentera Bn dan media la bagai. Lani kata slh sendiri plaks.Ckp x serupa bikin la Dr sohaimi ni.Dh a xkenang budi org yg bantu dia berkempen.Kalo camni la, mmg patut pun di x menang

    BalasPadam
  9. hr tu slhkan jentera Bn dan media la bagai. Lani kata slh sendiri plaks.Ckp x serupa bikin la Dr sohaimi ni.Dh a xkenang budi org yg bantu dia berkempen.Kalo camni la, mmg patut pun di x menang

    BalasPadam
  10. Dari sebelum penamaan calon lagi sya dah kata, bagi PAS menang tanpa bertanding saja. Sama-sama Melayu. Dr. Riduan Tee pun sama pendapat. Kalau tak ada pertandingan Kerajaan pun tak perlu berjanji nak beri apa-apa bantuan, dan membazir wang Rakyat. Rakyat pandang macam beri rasuah pulak. Di tambah memmecah-belah kesatuan orang Melayu Islam bila ada pertandingan.

    BalasPadam
  11. Tanpanama 8.37

    Blog ni takdak masalah dengan Sohaimi, cuma bila dia buat post mortem tu tak adil. Patutnya faktor calon pun kena masukan sekali.. hehe..

    BalasPadam
  12. Byk faktor yg menyebabkn sesuatu misi itu gagal termasuklah dlm PRU13 lalu calun popular tewas nk salah sapa? Kdg2 minda pengundi itu sendiri yg menentukn pola pengundian mereka: aku sokong dpt apa, aku tak sokong RUGI apa?. Adakah ini mjd topik percambahan minda golongan atasan. Dismping itu masa PRK lps budjet 2014 isu utama tarik blk subsidi gula kerana sebab kencing manis smpai TPM mohon maaf dlm isu tu tp dlm masa tu jg gula djual RM1 Sekg d Sg Limau. Ini makna kata kjaan mainmainkan isu gula atau kjaan dmainmainkn. Soal calun tak jd masaalah kalu semua kepimpinan bahagian sebulat kata sehati sejiwa dan tak berlainan dimulut dgn dipangkahnya. KOCAK KOCAK LAH DI HULU KUT KUT MABUK DI MUARA......

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!